Search Faizal Dzasrik

Selamat Datang. Welcome to FAIZAL DZASRIK FAN CLUB

Selamat Datang. Welcome to FAIZAL DZASRIK FAN CLUB
ZAREEN | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego

FDFC Inspiration Theme Song | KITA OONIK by NAJIP ALI

FDTV via Faizal Dzasrik Fan Club

Faizal Dzasrik & Friends @ MPH Quill

Faizal Dzasrik & Friends @ MPH Quill

Faizal Dzasrik Fan Club | WALL OF FAME - Part I

Faizal Dzasrik Fan Club | WALL OF FAME - Part II

Faizal Dzasrik BILLBOARD | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita
FACEBOOK Syawa Dola & Shafiq Najib

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
INSTAGRAM @joyheni

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
FACEBOOK Kazrina Mohamed Kassim

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego
INSTAGRAM @nurieie

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
GOODREADS Suhailah Iskandar

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita
FACEBOOK Nurin Irdina

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Yong Tau Foo

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Yong Tau Foo
INSTAGRAM @misshanisrazak

SOUNDCLOUD Faizal Dzasrik #Karaoke

Monday, 31 July 2017

FD Journal 007 | Ketawa-lah Selagi Boleh Ketawa


FD Journal 007 | Ketawa-lah Selagi Boleh Ketawa

BMTi 

Ketawa? Hahahahahahahahahaha. 
Hampir kebanyakan orang suka ketawa kecuali… yang mana-mana ‘kontrol ayu’ dan ‘timing macho’ tidak-lah akan ketawa sepenuh hati. Masih ketawa tetapi akan tertahan-tahan. Takut kalau ketawa berdekah-dekah nanti akan membuatkan ‘saham diri’ sendiri jatuh menjunam di khalayak ramai. Bosannya! Kenapa-lah hidup perlu ‘fake’ sangat? Ketawa je-lah. Kalau terlalu kuat pakai-lah ‘filter’. Tutup mulut pakai tapak tangan ke, lapik pakai tudung ke, pergelangan tangan ke… apa saja yang boleh, jika anda terlalu menganggap ketawa terbahak-bahak itu seringkali dianggap KURANG SOPAN. Ada betulnya juga, apabila ingin menjaga protokol jika bersidang di majlis-majlis penting. Mata-mata lain bukan sekadar memerhati, malah lidah dan mulut juga akan mengata. Hahahaha. Jadinya, saya terima sebab itu. Ada logikalnya, tetapi tak usah-lah ‘tertekan’ demi itu… dan demi ini… BOSAN-lah! Langsung tak realistik.

Saya lebih suka orang-orang yang ketawa secara natural. Lepaskan sahaja ketawa itu. Bagi saya ia sangat memeriahkan persekitaran. Ia adalah satu tindak balas semula jadi bagi mengekpressikan riaksi lucu dan menggelikan hati. Apa salahnya, kan? Bukannya bermasam muka pun. Bukannya mencari gaduh. Bagi saya nak buat apa terlalu sopan kekonon, tapi dasar lubuk hatinya maha pengkhianat.

Contohnya, saya pernah seronok memerhatikan riaksi seorang wanita yang saya kenali ini yang ‘tidak suka hingga meluat... terus benci’ melihat seorang wanita lain yang ketawa berdekah-dekah. Alasannya, masih sama. Tidak sopan. Tidak suka ketawa besar, bagi saya masih logik, tapi bila sampai meluat hingga MEMBENCI! Haa… pastinya ada ‘sesuatu yang tersembunyi’ dalam fikirannya. SEBENARNYA, dia cemburu melihat kebahagiaan dan kegembiraan orang lain. Entah apa salah wanita yang ketawa berdekah-dekah itu, sampaikan wanita yang kekononnya sopan ini harus membenci. Something wrong, right? Itu-lah sebabnya. CEMBURU. Hahahaha. Kelakar, kan?

Saya teringat salah seorang kawan sekolah perempuan saya. Baik orangnya. Dia sememangnya cantik! TAPI, dia sangat kuat ketawa. Dia punya ‘giggles’ cukup menarik perhatian. Entah-lah bagi saya, bila tersedia cantik dan berekspressif secara natural sememangnya pendapat peribadi saya mengatakan kawan baik saya itu BERTAMBAH CANTIK. Sangat ceria. Alhamdulilah, kehidupannya sentiasa dirahmati Allah swt dan bahagia di samping keluarga tercinta. Bukankah itu sangat BEST? Ceria, gelak-gelak ketawa. Happy je.

Bagi saya KETAWA ini adalah satu bentuk hiburan yang POSITIF. Tapi AWAS! Bukan segala jenis ketawa adalah positif. Misalnya, ada juga orang yang suka mentertawakan orang-orang lain yang beriaksi bodoh. Zaman sekarang, segala-galanya hendak 'DIVIRALKAN'. Atas tujuan komersial dan ingin menarik perhatian umum. Adakalanya kita terlepas pandang untuk berfikir dengan lebih mendalam. LEKA mentertawakan kebodohan atau kekurangan orang lain. Kita boleh cuba menterbalikkan keadaan. Bayangkan jika orang-orang lain pula mentertawakan kebodohan atau kekurangan kita yang mungkin tidak disengajakan. Bagaimana? Anda semua suka? Sama sekali TIDAK SUKA! Kan? 

Kita sebagai manusia ini tidak akan pernah PERFECT. Adakalanya terlintas kenaifan dan kekurangan diri kita sendiri. Kadangkala terbit sedikit kebaikan jika perkara seperti itu berlaku. Jika terkesan, ini-lah masanya kita dapat menilaikan orang-orang yang mentertawakan kita itu ‘benar-benar’ sahabat yang BAIK atau TIDAK BAIK. Jika benar-benar sahabat yang baik, dia pastinya akan SAYANG dan tidak langsung mentertawakan kita. Malah sahabat-sahabat baik ini akan mempertahankan dan melindungi diri kita. Apa yang ingin saya jelaskan adalah orang-orang yang mentertawakan kebodohan atau kekurangan orang lain itu-lah akhirnya GET CAUGHT! Dia akan CUAI dan orang-orang yang cerdik memerhatikan tingkahlakunya akan mula memberikan penilaian BURUK kepada dia, bukan kepada orang yang ditertawakan.

Apa yang saya cuba ditulis di sini mungkin boleh dianggap sebagai satu perbincangan psikologi pemikiran tetapi bagi saya ia adalah lebih pada ‘BAGAIMANA ANDA AKAN BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK’. Jika kelucuan itu sangat genuine, maka ketawa-lah selagi boleh ketawa. Tiada salahnya, tetapi harus berhati-hati. Sentiasa harus menjaga sensitiviti orang lain. Jika ada orang-orang yang mampu berketawa tanpa melanggar sensitiviti orang lain dalam keadaan yang ‘SANGAT PANTAS’ ketika sesuatu kelucuan itu sedang berlaku… maka mereka sebenarnya adalah antara orang-orang yang SANGAT BIJAK.
Otak cepat ‘Pick Up’, Genuine ‘Reaction’ & Happy People! 

Let's Skodeng Me & FDFC DAILY UPDATES >>> INSTAGRAM @faizaldzasrikfanclub 
Thank You. #Meow #WanMoTaim Hehehe. 

BMTi 





BUY ONLINE via Faizal Dzasrik Merchandise
Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara 
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide 
(while stocks last)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...