Search Faizal Dzasrik

Selamat Datang. Welcome to FAIZAL DZASRIK FAN CLUB

Selamat Datang. Welcome to FAIZAL DZASRIK FAN CLUB
ZAREEN | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego

FDFC Inspiration Theme Song | KITA OONIK by NAJIP ALI

FDTV via Faizal Dzasrik Fan Club

Faizal Dzasrik & Friends @ MPH Quill

Faizal Dzasrik & Friends @ MPH Quill

Faizal Dzasrik Fan Club | WALL OF FAME - Part I

Faizal Dzasrik Fan Club | WALL OF FAME - Part II

Faizal Dzasrik BILLBOARD | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita
FACEBOOK Syawa Dola & Shafiq Najib

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
INSTAGRAM @joyheni

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
FACEBOOK Kazrina Mohamed Kassim

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego
INSTAGRAM @nurieie

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
GOODREADS Suhailah Iskandar

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita
FACEBOOK Nurin Irdina

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Yong Tau Foo

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Yong Tau Foo
INSTAGRAM @misshanisrazak

SOUNDCLOUD Faizal Dzasrik #Karaoke

Monday, 13 February 2017

FD Journal 006 | Lucky No.6, Talentime & Miss Secret



FD Journal 006 | Lucky No.6, Talentime & Miss Secret

BMTi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera & Salam Muhibbah

Saya selalu berkait rapat dengan angka 6. Entah-lah. Secara kebetulan sahaja. Apabila ingin menulis JOURNAL 006, saya sengaja menyediakan ‘topik khas’ yang berkaitan dengan saya dan angka 6.

6 KALI MENDAPAT TEMPAT KE-6 DALAM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DI SEKOLAH

SK Pengkalan Tentera Darat (SKPTD), Sungai Besi, Kuala Lumpur
- Darjah 1 (1989) : Semester 1 & Semester 2
- Darjah 2 (1990) : Semester 1
- Darjah 3 (1991) : Semester 1

SMK Abdul Jalil (SMKAJ), Hulu Langat, Selangor
- Tingkatan 2 (1996) : Semester 1

SMK Dato’ Seri Maharaja Lela, Kampung Gajah, Perak
- Tingkatan 4 (1998) : Semester 2

Keseluruhannya sebanyak 6 kali saya mendapat tempat ke-6.
Huh! Hehehehe.

Selain tempat ke-6, saya pernah 2 kali mendapat tempat ke-2 iaitu :
SK Pengkalan Tentera Darat (SKPTD), Sungai Besi, Kuala Lumpur
- Darjah 2 (1990) : Semester 2 (Yeay! Dapat Hadiah Majlis Akhir Tahun)

SK Pengkalan Tentera Darat (SKPTD), Sungai Besi, Kuala Lumpur
- Darjah 4 (1992) : Semester 1

Tempat Pertama #1 di Sekolah?
Ya, Pernah.

Kiraan secara aggregat dan markah tertinggi peperiksaan semester terakhir (Percubaan SPM 1999) di SMK Anderson, Ipoh, Perak.

Saya tidak begitu mengambil endah. Hanya apabila rakan baik saya, Hasrul Hisham membuat carta pengiraan secara tidak rasmi markah-markah setiap rakan kelas sebagai perbandingan kedudukan. “Dzasrik, hang sebenarnya dapat No.1”

Sayang sekali, tiada hadiah diberikan oleh pihak sekolah. Pihak pengurusan SMK Anderson telahpun mengadakan sessi Hari Penyampaian Hadiah Kecemerlangan pada setiap SEMESTER PERTAMA, bukan Semester Kedua (Terakhir) setiap tahun. Melepas! Huhuhuhu.

Tak apa-lah. Bukannya saya kisahkan sangat pun. Yang penting, impian saya biar-lah sekali seumur hidup mendapat Tempat Pertama #1 di Sekolah telahpun tercapai. Alhamdulilah. Jika disemak semula kemasukan saya ke 2 Sekolah Kebangsaan dan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan, setiap lokasi berbeza saya masih ditempatkan di KELAS PERTAMA di setiap sekolah. Alhamdulilah. Rezeki daripada Allah swt. Terima Kasih.

Sungguhpun saya ‘melepas’ hadiah tempat pertama, pihak pentadbiran SMK Anderson telah menawarkan tempat dengan besertakan surat rasmi untuk saya dan seorang lagi sahabat kesayangan saya, Mizi terus mara meneruskan pengajian ke TINGKATAN 6 di SMK Anderson bagi sessi persekolahan akan datang berdasarkan keputusan Percubaan SPM. Alhamdulilah. Rezeki kami berdua.

Selepas selesai peperiksaan SPM, saya dan rakan-rakan sekelas terus mengambil peperiksaan IQ TEST – Kolej Matrikulasi. Yeay! Saya berjaya. Alhamdulilah. Bukan saya seorang sahaja. Saya bersama Mizi (calon pelajar mara ke Tingkatan 6), Hasrul (rakan sekelas yang mengira aggregat Percubaan SPM) dan seorang lagi sahabat karib saya bernama Faizal berjaya ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) sebelum keputusan sebenar SPM diumumkan. I LOVE KMPP!



YANG KE-6 DI PERTANDINGAN ‘TALENTIME’
Lokasi : SMK Abdul Jalil, Hulu Langat, Selangor
Tingkatan : 2 (1996)

Apabila ‘Miss Secret’ sedang mengetuk pintu kelas tingkatan 2 Akek. Gadis bertudung manis (yang sebenarnya berambut kerinting) sedang meminta izin daripada Cikgu Faridah. Sangat cantik dan eksotik.

“Siapa nak masuk TALENTIME? Siapa pandai menyanyi, boleh cuba masuk.” Cikgu Faridah mengumumkan di hadapan kelas.

Saya terus bangkit dari kerusi dan bertemu Miss Secret di luar kelas. Kami berdua tersipu-sipu malu. Saya pun bertanya.

“Kalau nak masuk, berapa ringgit nak kena bayar?”

“Dua ringgit”.

Sopan dan malu-malu. Aceyceyceh! Saya sangat suka melihat riaksi Miss Secret ketika itu.
Sebetulnya selang beberapa minggu sebelumnya, saya menerima sepucuk ‘love letter’ yang harum mewangi, siap bersetem dan bercop Pos Malaysia ke alamat rumah saya daripada Miss Secret. Yang menariknya, rumah tempat tinggal Miss Secret sekeluarga terletak beberapa langkah di hadapan deretan rumah saya sahaja. Hehehehe. Comel, kan? SUPER CUTE!

Saya sudah mula praktis lagu LAMUNAN TERHENTI – ARIS ARIWATAN. Kaset Minus One diusahakan oleh Abah dan Cik Poi Nuar, pak cik saudara saya. Cetakan eksklusif dalam satu kaset kosong bersama lagu-lagu ‘stand by’ yang lain dari kedai kaset di Chow Kit Road, Kuala Lumpur. 

MASALAH BESAR. Baju glamer-glamer takde! Nak pakai baju apa ni? Saya selongkar wardrobe Abah. Terjumpa kemeja, baju kot dan tali leher. Rembat selendang Mama dijadikan bandana, ikat di kepala. Saya juga memakai tali pinggang besar bertulis ‘CHARACTER’, pemberian Aunty Lynn (Haleeda, Naib Juara Gegar Vaganza Musim Pertama) dan kasut but kulit hitam Abah yang bersaiz kecil dan sempit. Pakaian asal milik saya hanya-lah seluar jeans dan seluar dalam sahaja. Hahahaha. Mix and Match. Sehari sebelum hari pertandingan, saya ‘fitting’ terlebih dahulu lalu ‘catwalk’ di depan cermin.

“Wah! Boleh-lah ni. Apa yang ada. Ini pun dah macam ARTIS dah ni.” Hahahaha.

Pada hari pertandingan, setiap peserta perlu mengundi angka giliran. Kertas undian saya berangka 6! Giliran saya yang ke-6! Tanpa disangkakan Miss Secret pun mencabut undian juga. Aik! AJK kutip yuran pertandingan pun nak masuk bertanding? Hehehehe. Best! Best! Best! Semakin sengit ni. Miss Secret mendapat angka giliran PERTAMA. Dia akan menyanyi dahulu sebelum saya. Miss Secret menyanyikan lagu DENDAM DALAM DIAM – NORA. Cantik dan sopan berbaju kurung.

Selepas beberapa orang ‘contenders’ menyampaikan persembahan, kini tiba giliran saya ‘NAIK SHEIKH’ di atas pentas. Persembahan seikhlas hati. Konsep persembahan ‘tanggal baju kot’ ya masa tengah bridge lagu tu. Ala-ala Dato’ M Daud Kilau. Hahahaha. Bila bercerita balik dengan kawan-kawan sekolah datang menyaksikan pertandingan, sampai sekarang dia orang tergelak-gelak kerana mengingatkan gaya ‘showmanship’ saya yang entah-ler kenapa saya buat macam tu… di Talentime SMKAJ. Hahahaha. Epik okey.

Selepas giliran saya, turut bertanding ialah ‘IJA’, penjual sengkuang bersos kacang tumbuk di depan pagar rumah sendiri. JIran tetangga saya. Selalu dapat makan sengkuang percuma. Hehehehe. Biasa-lah. Konsep mentor-mentee. Abang dan adik angkat, katanya. Hehehe. Ija yang saya anggap seperti adik sendiri itu menyanyikan lagu MENITI HATI – AMY MASTURA.

Pada asalnya, hanya 20 lebih peserta yang dijadualkan bertanding. Sambutan menggalakkan di saat-saat akhir. Jumlah peserta melambung naik hingga ke lebih 40 peserta. Penyertaan tambahan secara ‘walk-in’. Naik pitam juri-juri tu. Barisan juri terdiri daripada Cikgu-Cikgu Sekolah yang muda-mudi. Seingat saya, ada 4 orang yang menyanyikan lagu sama iaitu MAHLIGAI DARI AIR MATAMU – Lestari yang sangat popular pada ketika itu. 3 Lelaki dan 1 Tomboi. Hehehehe.

Apabila keputusan hendak diumumkan. Saya ternampak 3 HADIAH UTAMA berupa HAMPER dan berpuluh-puluh telur rebus bercawan kaca porselin seperti hadian pemberian orang kenduri kahwin. OMG!

“Gila! Nak mampus! Kalau aku kalah ni, lepas tu dapat telur rebus je. Habis punah karier nyanyian aku. Cett!” Saya tiba-tiba menjadi sangat NERVOUS dan terpana kegeraman dengan hadiah saguhati yang bakal diberikan oleh pihak penganjur. Hehehehe.

Pengacara majlis mengumumkan para peserta yang menerima hadiah saguhati telur rebus terlebih dahulu. Aduh! Satu per satu nama peserta yang dipanggil, tetapi nama saya langsung tidak disebut. Tinggal Top 3. Saya-lah salah seorangnya!

Fuh. Hati saya berasa amat lega tak terhingga. Saya tak kisah-lah dapat nombor berapa pun, janji bukan TELUR REBUS tu. Hehehehehehe.

Yeay! Saya diumumkan sebagai pemenang TEMPAT KEDUA #2 (NAIB JUARA). Dapat hamper. Yeay! Alhamdulilah. Syukur ke hadrat Ilahi. Punya-lah seronok tak terhingganya saya ni bila naik bas CITYLINER Merah dari sekolah menuju ke Taman Sri Nanding. Bangga wo! Hari Sabtu pada masa tu. Ramai orang Langat naik bas, nak pergi dating kat KL. Semua orang pandang. Saya dah berangan artis dah masa tu. Kartun betul. Hahahahaha.

Itu-lah ceritanya. Tuah saya pada angka 6. Kebetulan sahaja. Bagi saya semuanya atas rezeki dan ketentuan Allah swt. Jangan sesekali percaya kepada angka. Percayalah kepada TUHAN Yang Maha Esa.

Ucapan teristimewa untuk MISS SECRET. Terima kasih sebab admire kat saya dulu. Sekadar imbasan kisah mencuit hati ‘zaman budak-budak kita’ dulu. Hehehehe. Walau apapun, bagi saya YOU’RE THE BEST. I really appreciate you so much. Great memories of you, me and our beloved friends kat NANDING dulu. Saya harap suatu hari nanti kita boleh buat REUNION, okey. Hehehehe. Perghh! #faizaldzasrik aka ALONG anak Tauke Ais Krim Malaysia. 

BMTi   



Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara 
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide 
(while stocks last)


FDFC NEWS | 02022017
FACEBOOK
INSTAGRAM


Monday, 6 February 2017

FD Journal 005 | Misteri Mimpi Tok Louie



FD Journal 005 | Misteri Mimpi Tok Louie

BMT + BMTi + LPT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera & Salam Muhibbah

Kira-kira beberapa bulan lalu, saya mendapat ‘mimpi pelik’. Dalam mimpi tersebut muncul Arwah Datuk saya, bapa kepada Abah. Nama datuk saya ialah Mohd Alwee. Sesetengah surat lahir anak-anak Tok Alwee aka Tok Louie adalah ‘ALWEE’. Manakala sesetengah lagi tercatat ‘ALWI’. Kesilapan pihak jabatan pendaftaran. Orang-orang dahulu mungkin tersalah ejaan. Berdasarkan sebutan panggilan, rata-rata akan menyebut ‘LUWI’ dan saya pula memilih ejaan ‘LOUIE’. Glamer sikit. Nampak macam omputeh.

Datuk saya ini sangat tegas dan amat digeruni oleh anak-anaknya. Orang dulu-dulu, kan. Sangat bengis! Tok Louie adalah seorang Pesawah Padi, Pekebun Dusun dan juga Pekedai Kopi ala-ala ‘kopitiam’ di Kampung Teluk Sareh, Kampung Gajah, Perak. Beliau juga merupakan seorang Ketua Kampung yang berdedikasi tinggi.

Bakat penulisan saya sebenarnya diwarisi daripada Tok Louie. Gaya bahasanya SANGAT MEMUKAU. Saya pernah terbaca surat-surat lama kiriman Tok Louie untuk Abah yang berada di perantauan. Ringkas, berbunga-bunga metafora alam semulajadi dan mendalam dengan maksud tersirat. Cerita tentang padi disambar burung… adik-adik masuk ke sekolah dan sebagainya. Dipendekkan cerita, bingkisan hati seorang bapa yang menyampaikan ‘keluhan’ menguruskan kehidupan. Sebenarnya, Abah paling bertanggungjawab. Tinggal dunia persekolahan yang sedang memuncak lalu menggalas ‘sebelah lagi beban’ di bahu yang harus dipikul membesarkan ahli-ahli keluarga yang sangat ramai.

Biasa-lah tu. Kisah yang sangat normal. Abah-lah anak lelaki tambatannya!

Mendengar cerita-cerita yang ‘tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas’ daripada sumber BERNAMA ‘MAMA’, Tok Louie seorang ‘pemakan yang sangat licin dan bersih’. Pinggan sentiasa licin walaupun adakalanya lauk-pauk biasa sahaja dan kurang sedap. Mama (asal SELANGOR), salah seorang daripada dua menantu Tok Louie yang bukan berasal dari PERAK. Seorang lagi biras seperti Mama adalah asal dari MELAKA. Lebih menarik, Arwah Opah Zalikha saya adalah seorang PRO-PERAKian.

Tok Louie sangat menyukai masakan Arwah Nenek Dzajidah, mak kepada Mama. Gulai Lemak Cili Padi Bunga Kantan, boleh menjadi penyebab Tok Louie makan nasi tambah dua pinggan dengan penuh selera. Licin! Opah saya jealous ler. Hehehe. Biasa-lah DRAMA orang-orang desa tercinta. Apa yang penting, Tok Louie ini begitu serius menyukai Mama dan Arwah Nenek Dzajidah hingga sanggup turun ke Petaling Jaya dengan hanya berbekalkan ‘GULA MELAKA’ berikat. Dari Perak Tengah ke Klang Valley dengan teksi ditempah khas dari kampung. Seringkali berulang-alik, sehingga-lah Abah dan Mama diijab kabulkan.

Seingat saya, Tok Louie (bapa kepada Abah) dan Nenek Dzajidah (mak kepada Mama) adalah GRANDPARENTS saya yang terbaik. Sayang sekali mereka berdua meninggal dunia terlalu awal. Jarang-jarang sekali saya termimpikan Arwah Nenek Dzajidah. Hanya pernah beberapa kali, saya ternampak Arwah Nenek Dzasjidah manis bertelekung putih dan berbaju kurung. Tersenyum apabila memandang saya. Saya yakin Arwah Nenek Dzajidah ini tempatnya di Syurga. Insya-Allah. Amin.

Tidak pernah sesekali sebelum ini saya termimpikan Tok Louie. Hanya beberapa bulan lalu, saya termimpikan Tok Louie berkopiah, berkemeja petak-petak dan berkain pelekat petak-petak. Imej sebenar Tok Louie ketika masih hidup sememangnya begitu. Wajahnya ceria tetapi penuh kesungguhan dan pengharapan. Dalam mimpi tersebut, Tok Louie datang dari arah belakang lalu menepuk-nepuk bahu saya.

“Kamu jagey mok kamu baek-baek yea.”

Terjemahan Loghat Perak Tengah ke Bahasa Melayu

“Kamu jaga mak kamu baik-baik ya.”

Dua minggu kemudian…

Sekali lagi saya mendapat MIMPI yang sama. ADEGAN yang sama. PESANAN yang sama. Diucapkan dengan terang dan jelas. Buat kali kedua, seperti ulang tayang semula. Saya terpana dan mula mengambil serius. Mengapa Mama disebut, tetapi Abah tidak?

Sebagai makluman, ABAH sebenarnya anak lelaki kebanggaan Tok Louie.

Saya memberitahu Abah. Suasana menjadi ‘tegang’. Jelas Abah sangat bengang dan kecewa. Cukup jelas perasaannya tertekan. Seterusnya pelbagai andaian dibuat dengan sifat mistikal tentang masa hadapan termasuk Abah merasakan dirinya akan pergi meninggalkan dunia. Mengarut! Saya tidak bersetuju. Sebagai peringatan, kita hanya-lah hamba yang sangat kecil di sisi-Nya sahaja. Jadinya, bagaimana kita boleh membuat ramalan sebegitu? Kita bukan TUHAN. Saya bertenang dan berfikir. Mungkin ada hikmahnya.

Saya berbakat sebagai STORY TELLER. Berkebolehan menyampaikan cerita-cerita yang berkesan. Tok Louie telah memilih saya bagi menyampaikan pesanan ini kepada Abah. Dengan mesej supaya sudah tiba masanya untuk SEDAR dan saling sayang menyayangi ‘antara satu sama lain’. Bukankah seperti awal cerita, Tok Louie itu orangnya penuh dengan kata-kata tersirat? Saya mendapat ‘point’ itu. Sudah tentu pesanan itu sangat ‘double meaning’. Pesanan seperti untuk saya (ya, saya ambil serius), tetapi sebenarnya jika ditelesuri dengan logikal pesanan tersebut sebenarnya adalah untuk Abah.  

Insya-Allah, Tok Louie. Saya akan menjaga Mama sebaik mungkin.
Bukan Mama seorang sahaja. Termasuk Meen. Termasuk juga… ABAH.

“Peyzaey (Faizal) akan ingat pesan Tok tu sampai bila-bila. Doakan semoga rezeki Peyzaey bertambah-tambah ya.”

Salam Dari Dunia,
Cucu-ende Tok Louie, Peyzaey Dasherik aka Boboi.

Penilaian anda semua sebagai pembaca.
Apakah cerita mimpi ini BENAR atau TIDAK BENAR?
Ya, it was a true story. SCARY, kan? Hehehehe.
Perghh! #faizaldzasrik

AL-FATIHAH untuk Tok Louie, Nenek Jidah, Opah Zai & Tok Fendi.
Amin Ya Rabbal Al Amin.

BMT + BMTi + LPT






BUY ONLINE via Faizal Dzasrik Merchandise
Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide 
(while stocks last)





FDFC NEWS | 02022017
FACEBOOK
INSTAGRAM



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...