Search Faizal Dzasrik

Selamat Datang. Welcome to FAIZAL DZASRIK FAN CLUB

Selamat Datang. Welcome to FAIZAL DZASRIK FAN CLUB
ZAREEN | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego

FDFC Inspiration Theme Song | KITA OONIK by NAJIP ALI

FDTV via Faizal Dzasrik Fan Club

Faizal Dzasrik & Friends @ MPH Quill

Faizal Dzasrik & Friends @ MPH Quill

Faizal Dzasrik Fan Club | WALL OF FAME - Part I

Faizal Dzasrik Fan Club | WALL OF FAME - Part II

Faizal Dzasrik BILLBOARD | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita
FACEBOOK Syawa Dola & Shafiq Najib

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
INSTAGRAM @joyheni

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
FACEBOOK Kazrina Mohamed Kassim

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego
INSTAGRAM @nurieie

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
GOODREADS Suhailah Iskandar

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita
FACEBOOK Nurin Irdina

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Yong Tau Foo

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Yong Tau Foo
INSTAGRAM @misshanisrazak

SOUNDCLOUD Faizal Dzasrik #Karaoke

Friday, 27 January 2017

FD Journal 003 | Peminat Karya Faizal Dzasrik Serang Penerbit Buku



FD Journal 003 | Peminat Karya Faizal Dzasrik Serang Penerbit Buku

BMT + BMTi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera & Salam Muhibbah

Ya, BENAR. Ia berlaku beberapa tahun yang lalu.

Saya ternampak satu status ringkas yang telah di-copy paste oleh Puan Ainon Mohd dari email rasminya lalu di-up date-kan ke dalam Facebook. Selesai membaca status tersebut, saya terkejut besar. Ia berkaitan dengan saya!


Saya menerima emel ini: “Salam… sy merupakn slh stu peminat buku nvel pts… nk tanye… em.. bln 5 ni sy nk trun ke kl, kt mne ye gedung tmpt jualan nvel pts ni yg ad jual nvel2 dlm trbitn 2007 ni… sy brmnat nk cr n nk dpatkan novel ‘ini stu crta’ faizal dashrik pnye,,,akak tolong lah… sy brmnat sgt nk dpt kn nye…arp akak dpt br thu dgn sgre…tq”

Yang menariknya, bagaimana ‘ADIK’ ini boleh mendapat idea paling bijak dengan terus ‘menyerang’ email rasmi Puan Ainon, selaku Chairman PTS Media Group bagi mendapatkan maklumat tentang apa yang dihajatinya pada saat itu. Sekurang-kurangnya ADIK itu boleh terus menghubungi talian pihak jualan PTS terlebih dahulu ataupun terus menghubungi saya di media sosial. Sebagaimana para peminat karya yang pernah berkomunikasi dengan saya, mereka tahu saya sentiasa berusaha menjawab setiap pertanyaan mereka sebaik mungkin.

Ini tidak, terus serang Puan Ainon. Hahahaha. Maafkan saya. Setiap kali teringat tentang tindakan ADIK ini, secara tiba-tiba akan membuatkan saya tersengih-sengih.

Pada pandangan saya, ia merupakan satu tindakan yang naif tetapi BERANI. Saya sangat respek dan tabik hormat pada usaha beliau bagi cuba mendapatkan senaskah novel INI SUATU CERITA. Jutaan Terima Kasih, Dik. Alhamdulilah. Semoga dipermudahkan rezeki ADIK yang menyerang Puan Ainon ini sampai bila-bila. Insya-Allah. Amin. Hehehehe.

Sebab lain yang lebih menarik, bagaimana ‘AKAK aka Puan Ainon’ boleh terdetik di hati sanubari bagi ‘menerbitkan kembali’ petikan email beliau ini lalu dipaparkan secara umum ke laman Facebook. Sekali lagi, ia juga satu tindakan yang sangat cerdik daripada seorang Penerbit Buku. Terima Kasih Puan Ainon Mohd. Hehehehe.

Seperti mana jika anda mengenali Ikon Penerbitan Media Cetak dan Digital tersohor ini, Puan Ainon Mohd adalah seorang ‘Pejuang BMT – Bahasa Melayu Tinggi’. Dalam penerbitan blog Universiti PTS kelolaan beliau, buku-buku terbitan PTS hingga ke status di media sosial segala-galanya ‘keras dan tegar’ menggunakan penulisan gaya BMT. Dengan tujuan murni bagi ingin ‘Memandaikan Bangsa’. Penggunaan gaya bahasa yang betul adalah penting bagi memartabatkan keseluruhan Bangsa-Bangsa yang Berbahasa Melayu. 

Perspektif status Facebook Puan Ainon ini bagi melihat bagaimana rakan taulan dan para pengikut beliau yang menjangkau ‘ribu-ribuan’ orang akan melontarkan pandangan peribadi mereka. Saya turut memerhatikan perkembangan tersebut dari semasa ke semasa. Boleh dikatakan 95% daripada pemberi komen menyokong Puan Ainon Mohd kerana menganggap gaya bahasa ADIK itu sangat lemah dan tidak bersesuaian bagi berkomunikasi bersama individu professional yang jauh lebih berusia.

Saya bersetuju. Tidak pula membantah tentang hal itu. Untuk memperbetulkan keadaan bagi pihak ADIK yang mungkin tersalah gaya bahasa itu, saya ingin mengambil inisiatif menulis semula permintaan beliau dalam gaya BMT.

|  Saya menerima emel ini: “Assalamualaikum. Saya merupakan salah seorang peminat buku novel terbitan PTS. Boleh saya bertanya? Pada bulan 5 ini, saya akan singgah ke Kuala Lumpur. Di manakah gedung jualan novel PTS yang ada menjual novel-novel terbitan 2007? Saya berminat hendak mencari dan mendapatkan novel berjudul INI SUATU CERITA hasil karya Faizal Dzasrik. Saya berharap semoga Puan Ainon dapat membantu saya. Saya sangat berminat dan hendak mendapatkannya dengan segera. Terima Kasih.”  |

Pada ketika saya sebagai pemerhati setiap komen-komen yang ditulis oleh para pengikut Puan Ainon Mohd di Facebook, saya sering tersengih-sengih. Foto status Facebook tersebut adalah pada ketika 37 minit. Selepas beberapa jam, sangat ramai yang memberikan komen maklum balas tentang pendapat mereka. Banyak komen yang ditulis yang mana saya boleh sifatkan sebagai ‘sangat dramatik’.

Secara LOGIK, saya sempat berfikir, kemudian tersengih-sengih lagi.
“Eleh! Ramai betul ‘KAKI KIPAS’ Puan Ainon ni. Beriya je!” Hahahaha.



Hanya 5% daripada para pengikut (termasuk saya) yang memberikan komen menyokong ADIK itu. Kami yang sebahagian kecil ini menghargai usaha dan keberanian beliau bersungguh-sungguh bertanyakan maklumat kerana ingin membeli novel INI SUATU CERITA.

Saya masih ingat. Rata-rata yang memberikan komen sokongan kepada ADIK ini adalah para pengikut Akak aka Puan Ainon Mohd yang mungkin seusia atau lingkungan sebaya dengan ADIK tersebut. Mereka jauh lebih memahami dan boleh membayangkan diri sendiri sekiranya berada di tempat ADIK ini.

Apa salah ADIK ini? Mungkin ya, beliau ada salahnya tetapi ADIK ini sekadar ingin bertanya. ADIK ini adalah ‘Potential Buyer’ atau ‘Pembeli Berpotensi’.
Beliau ingin memberikan R-E-Z-E-K-I!



Selain Pejuang BMT, Puan Ainon Mohd adalah Penerbit Buku.
Secara terang-terangan penerbitan status Facebook itu adalah publisiti yang sihat. Puan Ainon ingin membuat ‘survey’. Orang-orang berniaga bukan sekadar berniaga, tetapi Research & Development (R&D) adalah sangat ‘crucial’ atau penting terutamanya bagi usahawan yang menghasilkan PRODUK.

Apakah PRODUK buku yang laris dan disukai para pembeli?
Buku BMT atau Buku Bukan BMT?

Pada hemat saya, kemahuan dan selera masa kini setiap pembeli pastinya ‘terlebih dahulu diutamakan’. Itu-lah perkara paling mustahak. Para peniaga yang bijak dan rasional sudah tentunya akan menjual produk-produk yang disukai oleh para pembeli. Saya pasti, Puan Ainon Mohd dan seluruh tim penerbitan tentunya akan sentiasa memikirkan perkara yang sama. Insya-Allah. Mudah-mudahan.

Sejujurnya saya amat menyayangi dan menyanjungi Puan Ainon Mohd. Beliau-lah, penerbit pertama yang menerbitkan dan memasarkan novel-novel saya. Jika saya lebih berjaya pada suatu masa nanti dan berpeluang menulis buku biografi (riwayat hidup) sendiri, Insya-Allah… Amin. Sudah pastinya nama baik Puan Ainon Mohd akan ditulis dan diingati sebagai antara orang-orang terawal yang berjaya mengesan bakat saya yang ‘kerdil’ ini.

Para pembaca jurnal ini juga akan turut terfikir.
Apakah motif sebenar saya menulis tentang hal ini? Berfikir-lah secara POSITIF, kerana yang POSITIF-POSITIF itu ‘sentiasa’ terkandung dalam setiap perenggan coretan jurnal ini.

Sebetulnya foto Facebook tersebut sudah lama dalam simpanan. Saya menyimpan foto itu kerana ia sangat menarik. Kebetulan baru-baru ini saya mengemaskan fail foto-foto lama, lalu terjumpa foto yang ‘sensasi’ itu. Hehehe. Saya anggap pengalaman cerita ini sebagai antara kenangan terbaik saya sebagai Novelis.

Peminat karya saya ‘SERANG’ Penerbit Buku. Hehehehe. Bukan saya yang hebat, tetapi ADIK itu yang hebat. Memang BEST! Love you, ADIK. I really appreciate your spirit and craziness. Thank You! Thank You! Syukur. Alhamdulilah. Terima kasih kerana ingin memberikan rezeki kepada saya.
Perghh! #faizaldzasrik

BMT + BMTi





BUY ONLINE via Faizal Dzasrik Merchandise
Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh Negara
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide 
(while stocks last)





FDFC NEWS | 03012017
FACEBOOK
INSTAGRAM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...