Search Faizal Dzasrik

Selamat Datang. Welcome to FAIZAL DZASRIK FAN CLUB

Selamat Datang. Welcome to FAIZAL DZASRIK FAN CLUB
ZAREEN | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego

FDFC Inspiration Theme Song | KITA OONIK by NAJIP ALI

FDTV via Faizal Dzasrik Fan Club

Faizal Dzasrik & Friends @ MPH Quill

Faizal Dzasrik & Friends @ MPH Quill

Faizal Dzasrik Fan Club | WALL OF FAME - Part I

Faizal Dzasrik Fan Club | WALL OF FAME - Part II

Faizal Dzasrik BILLBOARD | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita
FACEBOOK Syawa Dola & Shafiq Najib

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
INSTAGRAM @joyheni

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
FACEBOOK Kazrina Mohamed Kassim

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego
INSTAGRAM @nurieie

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
GOODREADS Suhailah Iskandar

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita
FACEBOOK Nurin Irdina

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Yong Tau Foo

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Yong Tau Foo
INSTAGRAM @misshanisrazak

Sunday, 29 January 2017

FD Journal 004 | Video Game Era 90an



FD Journal 004 | Video Game Era 90an

BMTi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera & Salam Muhibbah

Walawei! Betul-lah. VIDEO GAME era 90an milik saya masih wujud dan elok sampai ke hari ini. Kengkawan saya masih tak percaya. Saya pernah meletakkan gambar di Instagram. Main SUPER MARIO. Hehehe. Bukan setakat kengkawan, saudara-mara yang ada ‘akses’ pertalian darah juga berkenan nak main sama kalau singgah ke rumah saya. Boleh je main. Takde hal, tapi main ler elok-elok. VINTAGE item kot! Dah RARE sekarang ni kalau nak jumpa VIDEO GAME. Hehehe.

Populariti VIDEO GAME (ber-kaltrej) ni naik mendadak semasa awal 90an di Malaysia. Barang siapa yang ada benda ni kat rumah, memang BEST! Boleh-lah dikatakan VIDEO GAME ni dulu agak mahal seiring dengan kegilaan orang kat KERETA REMOTE CONTROL (yang popular sekitar era akhir 80an). Abah yang suka permainan. Abah yang suka membeli sebenarnya. Saya main je. Tak dinafikan bila jadi bebudak era zaman tu, saya pun mengidam juga tapi… tak pernah-lah nak demand apa-apa. Sekadar teringin… sambil tengok orang lain ada VIDEO GAME. Sehingga-lah pada suatu petang yang permai. Abah keluar pergi jalan-jalan dengan kawannya. Katanya, ada hal. Bila malamnya, saya pulak yang terkejut. Abah bawak balik VIDEO GAME. Punya-lah seronok tak terkata.



Saya aktif bermain tapi takde-lah sampai nak mengabaikan pelajaran. Ha’a. Ayat anak yang baik. Tak boleh blah! Hahahaha. Abah saya tu yang gila main VIDEO GAME. Boleh berjegang mata menghadap benda tu sampai pukul 3 – 4 pagi! Esoknya dah terkebil-kebil nak pergi PT. Hahahaha. Sampai sekarang saya amat menghargai VIDEO GAME tu. Main elok-elok dengan cermat. Sentiasa beringat. Nak datang sesuatu barang yang diidamkan tu susah. Bila dah dapat, kena-lah pandai jaga. Alhamdulilah. Bertahan sampai ke ALAF 21. Sudah hampir 25 tahun yang lalu! Terror gila saya jaga barang. Keh keh keh keh keh keh.

Adalah TIGA Kaltrej dalam simpanan. Beratus-ratus jenis permainan. Agaknya, saya suka main apa dalam VIDEO GAME tu? Cer teka… cer teka. Tak payah teka-lah! Saya dah siapkan senarai Top 10 GAME-GAME dalam VIDEO GAME yang paling saya suka sepanjang zaman :-


No.10 | Tennis
Saya peminat setia BADMINTON, tapi game tu tak wujud dalam version VIDEO GAME. Takpe-lah. Tennis pun tennis-lah. Janji seakan-akan sama. Setiap kali saya main Tennis ni, saya mesti akan anggap macam main badminton.
PENCAPAIAN : Sudah biasa mengalahkan COMPUTER.
MASA BERMAIN : Hingga ke Match Point.


No.9 | Flipull (kegemaran adik saya, Meen)
Konsep lebih kurang macam Tetris, tapi lebih comel. Lagu temanya pun ceria dan menyeronokkan.
PENCAPAIAN : Biasa-biasa saja. Suka bila dapat ‘just finish’, sebab petak-petak puzzle biasa akan bertukar menjadi kotak buah-buahan yang comel.
MASA BERMAIN : Jangka masa pendek sahaja.


No.8 | 1942
Jiwa saya memang sukakan askar-askar klasik. Sangat sukakan filem Pearl Harbour. Kapal terbang klasik. Ada Air Force. Ada Navy. Hehehehe. Memang layan. Game ni inspirasi Zaman Perang Dunia Kedua dahulu.
PENCAPAIAN : Main dari suasana siang jadi malam dalam game ni.
MASA BERMAIN : Biasanya suka main versi SUPER 1942, boleh ambik ’30 Nyawa’. Sangat lama.


No.7 | Super Mario
MARIO & LUIGI! Watak nama-nama orang Itali, tapi sebenarnya ciptaan berasal dari Jepun. Zaman dulu SUPER MARIO sangat ‘feymes-emes’. Seingat saya, zaman dulu siap ada kartun animasi dan sitcom komedi berdasarkan pengembaraan watak Mario & Luigi. Saya sangat sukakan lagu runut bunyi-nya yang sangat signifikan dan sentiasa buat orang ingat.
PENCAPAIAN : Rasanya saya main sampai empat kali masuk ISTANA.
MASA BERMAIN : Jangka masa panjang atau jangka masa pendek. Biasanya jangka masa pendek.


NO.6 | Arkanoid (kegemaran Abah)
Sebaris bar pendek. Bergerak ke kanan dan ke kiri supaya bola yang melantun memecahkan batu brick itu tak jatuh terus ke gaung.
PENCAPAIAN : Sampai stage ke-3 je.
MASA BERMAIN : Jangka masa pendek.


No.5 | Excite Bike
Oh! Saya sebenarnya sangat sukakan sukan Motor-Cross. Motor lompat-lompat kat bukit-bukit kecik dan kawasan lumpur. Let’s get DIRRTY! Hehehehe.
PENCAPAIAN : Sampai ROUND 3 je. Kekadang nasib baik, sampai ke ROUND 4.
MASA BERMAIN : Jangka masa pendek.


No.4 | The Legend of KAGE
Pengembara seorang pemuda samurai bernama KAGE yang berlawan dengan ninja-ninja jahat demi menyelamatkan Tuan Puteri yang telah dicolek. Oh! Saya cukup suka game ni. Paling suka bab setiap stage. Empat kali tuan puteri tu diculik dan diselamatkan, makanya empat kali juga latar belakangnya di negara Jepun bertukar Empat Musim. Satu lagi yang saya suka bila dapat ‘butang kecil’ di tepi pokok. Reward selepas menewaskan ramai ninja secara manual. KAGE akan tangkap butang kecil tu aka ‘azimat’ kemudian terus bertafakur… keluarkan kuasa perangkap semua ninja dekat padanya dan mati secara automatik satu per satu sampai kuasa tu tamat. Memang BEST!
PENCAPAIAN : Sampai habis. KAGE berkahwin dengan Tuan Puteri tu.
MASA BERMAIN : Dah terror. Jangka masa sederhana panjang je. Hehehe.


No.3 | Street Fighter
Barang siapa yang tak kenal dengan STREET FIGHTER masa zaman jadi budak kecik era 80AN atau 90AN, sememangnya hidup dia memang membosankan. Orang yang takde video game pun akan kenal. Siap kumpul duit nak main game ni kat Arked Game. Street Fighter sebenarnya berjaya membentuk satu fenomena yang gempak. Kemenangan pada pelbagai watak-watak petarung yang menarik dan hebat-hebat belaka dengan kuasanya mereka tersendiri.

RYU (Jepun) & KENT (USA) asal perguruan martial arts yang sama dengan kuasa aboo-git berapi keluar dari tangan. CHUN LI (China) amoi kung fu yang nak balas dendam atas kematian bapanya. GUILE (USA) askar punker. ZANGIEF (RUSSIA) ahli gusti, DALSIM (India) pendeta yang boleh panjangkan tangan dan kaki. BLANKA (Brazil), Beast Amazon dengan kuasa elektrik dan ramai lagi. Sebenarnya, saya paling suka VEGA (SPAIN) yang pakai topeng dan berkuku besi tu. Ceritanya wajahnya yang kacak telahpun dicederakan hingga hodoh oleh penjahat. Itu yang terpaksa pakai topeng tu.

Paling BEST saya ingat lagi masa zaman sekolah rendah dulu. Main tikam-tikam. Dalam satu kotak candy tu ada sekeping stiker. Paling susah nak dapat stiker gambar VEGA ni. Kalau dapat memang rasa bertuah sangat. Kalau berjaya kumpul stiker-stiker watak tu, dengar kata boleh dapat hadiah VIDEO GAME. Pernah main tikam-tikam ni? Memang epik betul! Hehehehe.
PENCAPAIAN : Berjaya jadi ‘CHUN LI’ dan ‘GUILE’. Kalahkan semua watak-watak lain sampai ke perlawanan paling akhir dan menang. Hehehehe.
MASA BERMAIN : Kalau berjaya kalahkan watak-watak lain, makanya bertambah lama bila main game ni tapi puas hati bila misi tercapai.


No.2 | Gyruss
Saya sebagai Mr.Pilot kapal terbang angkasa lepas. Bermula dari satu planet ke planet yang lain. Setiap planet ada tiga stage. Saya sangat suka cara kapal terbang angkasa lepas ini yang bergerak dalam bulatan penuh 360 Darjah. Suka tembak  peluru atau melepaskan bom musuh dari arah senget. Bergaya sih!
PENCAPAIAN : Beberapa kali misi tercapai hingga menang di planet paling hujung.
MASA BERMAIN : Wajib ambik version SUPER GYRUSS. 30 Nyawa!


No.1 | TRACK & FIELD (Kegemaran Saya, Meen & Abah)
Terasa bagaikan seorang OLYMPIC CHAMPION!
Inilah game pertama saya sekeluarga akan main kalau ‘first-first’ sekali bila ON-kan VIDEO GAME. Bermula dari acara 100 meter, Long Jump, 110 meter hurdles, javelin throw hingga ke shooting.  Player 1 : Mr. White, Player 2 : Mr. Black.

Suka tengok imej gaya lama atlet tu. Mr White dengan fesyen era 80an. Rambut mullet. Misai tak trim. Mr Black tu pun sama. Rambut ala-ala remos. Memang cute. Kita orang paling suka bila Mr. Black berlari lalu tersungkur ke atas trek sebab terlanggar hurdle. Cara Mr. Black tu tersungkur memang kelihatan sangat tragis dan sangat kelakar. Kita orang mesti bantai tergelak-gelak. Mr. Black jadi mangsa. Mangsa bahan ketawa kita orang bila main. Hahahahahaha. Besar pahala Mr. Black tu sebab berjaya buat ramai orang ketawa. Hehehe.
PENCAPAIAN : Semua rekod dunia acara TRACK & FIELD, saya pegang. Hehehe. Siap dapat TEDDY BEAR lagi.
MASA BERMAIN : Tak ambik masa yang lama. Sekejap je. Biasanya berulang-ulang kali sebab sangat enjoy!

Jadinya, boleh nampak tak TASTE saya macam mana. Saya ni sangat athletic. Sangat kuat bersukan. Hahahahaha. Tak pasal! Saya juga sukakan kepelbagaian. Berbanding dengan Play Station, XBOX dan bermacam-macam lagi jenis game lebih moden dan terkini, saya tetap akan pilih VIDEO GAME era 90an. The BEST! Permainannya sangat NAIF, BERSIH dan BERMORAL TINGGI. Insya-Allah, selagi VIDEO GAME ni elok… saya akan jaga sebaik-baiknya. Terima kasih Abah. Perghh! #faizaldzasrik

BMTi


Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide 
(while stocks last)

FDFC NEWS | 03012017
FACEBOOK
INSTAGRAM

Friday, 27 January 2017

FD Journal 003 | Peminat Karya Faizal Dzasrik Serang Penerbit Buku



FD Journal 003 | Peminat Karya Faizal Dzasrik Serang Penerbit Buku

BMT + BMTi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera & Salam Muhibbah

Ya, BENAR. Ia berlaku beberapa tahun yang lalu.

Saya ternampak satu status ringkas yang telah di-copy paste oleh Puan Ainon Mohd dari email rasminya lalu di-up date-kan ke dalam Facebook. Selesai membaca status tersebut, saya terkejut besar. Ia berkaitan dengan saya!


Saya menerima emel ini: “Salam… sy merupakn slh stu peminat buku nvel pts… nk tanye… em.. bln 5 ni sy nk trun ke kl, kt mne ye gedung tmpt jualan nvel pts ni yg ad jual nvel2 dlm trbitn 2007 ni… sy brmnat nk cr n nk dpatkan novel ‘ini stu crta’ faizal dashrik pnye,,,akak tolong lah… sy brmnat sgt nk dpt kn nye…arp akak dpt br thu dgn sgre…tq”

Yang menariknya, bagaimana ‘ADIK’ ini boleh mendapat idea paling bijak dengan terus ‘menyerang’ email rasmi Puan Ainon, selaku Chairman PTS Media Group bagi mendapatkan maklumat tentang apa yang dihajatinya pada saat itu. Sekurang-kurangnya ADIK itu boleh terus menghubungi talian pihak jualan PTS terlebih dahulu ataupun terus menghubungi saya di media sosial. Sebagaimana para peminat karya yang pernah berkomunikasi dengan saya, mereka tahu saya sentiasa berusaha menjawab setiap pertanyaan mereka sebaik mungkin.

Ini tidak, terus serang Puan Ainon. Hahahaha. Maafkan saya. Setiap kali teringat tentang tindakan ADIK ini, secara tiba-tiba akan membuatkan saya tersengih-sengih.

Pada pandangan saya, ia merupakan satu tindakan yang naif tetapi BERANI. Saya sangat respek dan tabik hormat pada usaha beliau bagi cuba mendapatkan senaskah novel INI SUATU CERITA. Jutaan Terima Kasih, Dik. Alhamdulilah. Semoga dipermudahkan rezeki ADIK yang menyerang Puan Ainon ini sampai bila-bila. Insya-Allah. Amin. Hehehehe.

Sebab lain yang lebih menarik, bagaimana ‘AKAK aka Puan Ainon’ boleh terdetik di hati sanubari bagi ‘menerbitkan kembali’ petikan email beliau ini lalu dipaparkan secara umum ke laman Facebook. Sekali lagi, ia juga satu tindakan yang sangat cerdik daripada seorang Penerbit Buku. Terima Kasih Puan Ainon Mohd. Hehehehe.

Seperti mana jika anda mengenali Ikon Penerbitan Media Cetak dan Digital tersohor ini, Puan Ainon Mohd adalah seorang ‘Pejuang BMT – Bahasa Melayu Tinggi’. Dalam penerbitan blog Universiti PTS kelolaan beliau, buku-buku terbitan PTS hingga ke status di media sosial segala-galanya ‘keras dan tegar’ menggunakan penulisan gaya BMT. Dengan tujuan murni bagi ingin ‘Memandaikan Bangsa’. Penggunaan gaya bahasa yang betul adalah penting bagi memartabatkan keseluruhan Bangsa-Bangsa yang Berbahasa Melayu. 

Perspektif status Facebook Puan Ainon ini bagi melihat bagaimana rakan taulan dan para pengikut beliau yang menjangkau ‘ribu-ribuan’ orang akan melontarkan pandangan peribadi mereka. Saya turut memerhatikan perkembangan tersebut dari semasa ke semasa. Boleh dikatakan 95% daripada pemberi komen menyokong Puan Ainon Mohd kerana menganggap gaya bahasa ADIK itu sangat lemah dan tidak bersesuaian bagi berkomunikasi bersama individu professional yang jauh lebih berusia.

Saya bersetuju. Tidak pula membantah tentang hal itu. Untuk memperbetulkan keadaan bagi pihak ADIK yang mungkin tersalah gaya bahasa itu, saya ingin mengambil inisiatif menulis semula permintaan beliau dalam gaya BMT.

|  Saya menerima emel ini: “Assalamualaikum. Saya merupakan salah seorang peminat buku novel terbitan PTS. Boleh saya bertanya? Pada bulan 5 ini, saya akan singgah ke Kuala Lumpur. Di manakah gedung jualan novel PTS yang ada menjual novel-novel terbitan 2007? Saya berminat hendak mencari dan mendapatkan novel berjudul INI SUATU CERITA hasil karya Faizal Dzasrik. Saya berharap semoga Puan Ainon dapat membantu saya. Saya sangat berminat dan hendak mendapatkannya dengan segera. Terima Kasih.”  |

Pada ketika saya sebagai pemerhati setiap komen-komen yang ditulis oleh para pengikut Puan Ainon Mohd di Facebook, saya sering tersengih-sengih. Foto status Facebook tersebut adalah pada ketika 37 minit. Selepas beberapa jam, sangat ramai yang memberikan komen maklum balas tentang pendapat mereka. Banyak komen yang ditulis yang mana saya boleh sifatkan sebagai ‘sangat dramatik’.

Secara LOGIK, saya sempat berfikir, kemudian tersengih-sengih lagi.
“Eleh! Ramai betul ‘KAKI KIPAS’ Puan Ainon ni. Beriya je!” Hahahaha.



Hanya 5% daripada para pengikut (termasuk saya) yang memberikan komen menyokong ADIK itu. Kami yang sebahagian kecil ini menghargai usaha dan keberanian beliau bersungguh-sungguh bertanyakan maklumat kerana ingin membeli novel INI SUATU CERITA.

Saya masih ingat. Rata-rata yang memberikan komen sokongan kepada ADIK ini adalah para pengikut Akak aka Puan Ainon Mohd yang mungkin seusia atau lingkungan sebaya dengan ADIK tersebut. Mereka jauh lebih memahami dan boleh membayangkan diri sendiri sekiranya berada di tempat ADIK ini.

Apa salah ADIK ini? Mungkin ya, beliau ada salahnya tetapi ADIK ini sekadar ingin bertanya. ADIK ini adalah ‘Potential Buyer’ atau ‘Pembeli Berpotensi’.
Beliau ingin memberikan R-E-Z-E-K-I!



Selain Pejuang BMT, Puan Ainon Mohd adalah Penerbit Buku.
Secara terang-terangan penerbitan status Facebook itu adalah publisiti yang sihat. Puan Ainon ingin membuat ‘survey’. Orang-orang berniaga bukan sekadar berniaga, tetapi Research & Development (R&D) adalah sangat ‘crucial’ atau penting terutamanya bagi usahawan yang menghasilkan PRODUK.

Apakah PRODUK buku yang laris dan disukai para pembeli?
Buku BMT atau Buku Bukan BMT?

Pada hemat saya, kemahuan dan selera masa kini setiap pembeli pastinya ‘terlebih dahulu diutamakan’. Itu-lah perkara paling mustahak. Para peniaga yang bijak dan rasional sudah tentunya akan menjual produk-produk yang disukai oleh para pembeli. Saya pasti, Puan Ainon Mohd dan seluruh tim penerbitan tentunya akan sentiasa memikirkan perkara yang sama. Insya-Allah. Mudah-mudahan.

Sejujurnya saya amat menyayangi dan menyanjungi Puan Ainon Mohd. Beliau-lah, penerbit pertama yang menerbitkan dan memasarkan novel-novel saya. Jika saya lebih berjaya pada suatu masa nanti dan berpeluang menulis buku biografi (riwayat hidup) sendiri, Insya-Allah… Amin. Sudah pastinya nama baik Puan Ainon Mohd akan ditulis dan diingati sebagai antara orang-orang terawal yang berjaya mengesan bakat saya yang ‘kerdil’ ini.

Para pembaca jurnal ini juga akan turut terfikir.
Apakah motif sebenar saya menulis tentang hal ini? Berfikir-lah secara POSITIF, kerana yang POSITIF-POSITIF itu ‘sentiasa’ terkandung dalam setiap perenggan coretan jurnal ini.

Sebetulnya foto Facebook tersebut sudah lama dalam simpanan. Saya menyimpan foto itu kerana ia sangat menarik. Kebetulan baru-baru ini saya mengemaskan fail foto-foto lama, lalu terjumpa foto yang ‘sensasi’ itu. Hehehe. Saya anggap pengalaman cerita ini sebagai antara kenangan terbaik saya sebagai Novelis.

Peminat karya saya ‘SERANG’ Penerbit Buku. Hehehehe. Bukan saya yang hebat, tetapi ADIK itu yang hebat. Memang BEST! Love you, ADIK. I really appreciate your spirit and craziness. Thank You! Thank You! Syukur. Alhamdulilah. Terima kasih kerana ingin memberikan rezeki kepada saya.
Perghh! #faizaldzasrik

BMT + BMTi





BUY ONLINE via Faizal Dzasrik Merchandise
Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh Negara
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide 
(while stocks last)





FDFC NEWS | 03012017
FACEBOOK
INSTAGRAM

Friday, 20 January 2017

FD Journal 002 | Happy Birthday MEEN!



FD Journal 002 | Happy Birthday MEEN!

BMTi 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera & Salam Muhibbah

Wo! Masa berlalu dengan begitu pantas. Sedar tak sedar, Meen (adik saya aka The First Reader novel-novel saya) dah besar dah. Dulu Meen ni masa kecik-kecik berjalan tertonggek-tonggek. Patut-lah tonggek. Jenis kaki jalan berjinjit. Bila dah besar, dia memang kaki melaram ‘high heels’. Tak padan dengan debab. Hehehehe.

Ingat lagi masa kecik-kecik dulu. Masa tu Meen ni umurnya adalah dalam dua.. tiga tahun cemtu. Dia masuk kedai BATA. Tanggalkan selipar yang dia tengah pakai. Dia pergi kat rak selipar-selipar kedai BATA tu, di-ambik-nya sepasang selipar baru yang dia berkenan. Selipar sample yang tak berikat dengan tali plastik. Pandai pakai sendiri pulak tu… senyap-senyap je. Kemudian blah!

Terus keluar kedai. Muka macam tak bersalah je. Main rembat masuk kedai orang, lepas tu keluar tak bayar. Hahahaha. Bila Mama suruh tanggalkan kasut tu, dia punya-lah mengamuk bagai nak rak. Jadinya, nak tak nak… Mama terpaksa-lah belikan jugak selipar bar utu. Orang kedai tu gelak-gelak je tengok gelagat Si Meen. Budak kecik, kan. Bukannya tahu apa benda pun. Tak cukup akal lagi. Hehehehe.




Saya pernah imagine kot-kot suatu hari nanti kalau anak-anak Meen pulak ‘dua kali lima’ macam emaknya. Kebetulan kaki melaram. Mampus saya! Kalau takde duit dalam poket, habis-lah saya. Meraung-lah anak-anak Meen tu nanti dalam kedai kalau saya bawak dia orang pergi berjalan-jalan. Nak mainan ke, nak kasut ke… memang terpaksa beli. Hahahahaha. Habis-lah anak Meen tu jadi ‘bahan mainan’ saya nanti. Mesti kena sakat cukup-cukup dengan saya. Silap-silap gaduh. Alah! Sekejap je tu. Bila dia orang tengok je saya (future Pak Long aka Uncle Dzas) nak keluar berjalan-jalan, muka dah tak senang duduk. Gerenti nak ikut. Silap-silap sampai panjat pagar. Meronta-ronta nak ikut. Hahahaha. Itu-lah perangai Si Meen masa kecik-kecik dulu. Hahahaha.

Meen ni masa kecik-kecik sebenarnya tahu respek saya sebagai ABANG. Dia tak pernah usik mainan-mainan saya. Serius, memang tak pernah. Bila dia tahu, itu barang saya memang dia takkan usik. Satu perangai dia yang dilatih oleh Mama.

Satu lagi perkara yang menjadi persamaan kami berdua beradik, apabila kami ni memang bercakap pelat masa kecik-kecik. Meen kalau nak susu, dia akan cakap “Meen nak SOSOK”. Susu jadi SOSOK. Buruk gila bunyinya, kan. Hehehehe. Banyak lagi ler, perkataan-perkataan pelik yang menjadi bahan gurauan kami berdua apabila mengenang zaman ‘kecik-kecik’. Hahahaha.



Apa yang membuatkan saya begitu bangga dengan Meen, dia adalah seorang pekerja yang cukup baik dan berdedikasi. Dihargai dan disayangi oleh rakan-rakan sekerjanya. Alhamdulilah. Saya berpuas hati. Saya amat lega apabila melihat Meen ‘sudah lepas’ ke satu tahap yang mana dia sudah boleh berdikari sendiri pada masa hadapan. Mengenangkan nasib diri sendiri, saya hanya mampu terus berusaha dan sentiasa berdoa untuk diri sendiri selepas ini. Saya amat berharap giliran saya pula KEMBALI menjelma. Insya-Allah. Amin.

Saya masih ingat. Antara kata-kata Meen yang menyentuh perasaan saya buat selama-lamanya.

“I don’t feel you like my brother. You are more like a FATHER to me.”

Sangat mahal nilainya apabila seorang adik berkata begitu kepada abangnya. Saya merasakan… tanpa disengajakan saya berjaya mengisi kekurangan ruang hati yang diperlukan oleh anak perempuan dengan sebaik-baiknya. Alhamdulilah. Memang saya tak menjangkakan langsung Meen akan berkata-kata begitu suatu hari nanti. Terima kasih. Love you, Meen.


Dear Meen,
Thanks for your support and kindness.
I just want you to be happy.
You deserve it now. I’ll deserve it SOON. Insya-Allah.
8 April, 11.15 pm. My Beloved Aries Sister was born.
Happy Birthday Meen! Me and Mama love you so much.
Perghh! #faizaldzasrik

BMTi



THANK YOU | Instagram @nurieie



BUY ONLINE via Faizal Dzasrik Merchandise
Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide (while stocks last)


FDFC NEWS | 03012017
FACEBOOK
@faizaldzasrikfanclub
INSTAGRAM

@faizaldzasrikfanclub

Friday, 13 January 2017

FDFC | Kompilasi : Wall of Fame by Fans | Part 6




BMTi

FDFC | Kompilasi : Wall of Fame by Fans | Part 6

Jutaan Terima Kasih Para Peminat Karya Faizal Dzasrik. Thank You MY FANS!
Semoga anda semua diperlimpahkan rezeki, sihat sejahtera dan berjaya dalam kehidupan. Insya-Allah. God Bless. Amin. LOVE Y’ALL. Perghh! #faizaldzasrik #faizaldzasrikfanclub

SUMBER Feedback by Fans (Komen) & Wall of Fame by Fans (Foto) |
FACEBOOK Faizal Dzasrik Fan Club
INSTAGRAM @faizaldzasrik
TUMBLR Faizal Dzasrik Kopitiam
GOODREADS Faizal Dzasrik
e-mail & etc

*paparan adalah secara random. #terimakasih #thankyou J

BLOG Ainahahahaa

INSTAGRAM nhmk_



   POS LAJU Sarizatul Umminah

BLOG Misteri : Alamak! Lupa Pulak Nama Blog Ni!

INSTAGRAM Pearly Tim
Sahabat Baik | SK Panglima Adnan (1993 - 1994)
&
SMK Si Rusa (Bukit Saujana), Port Dickson (1995)

WHATSAPP FAZLI
Sahabat Baik | Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP 2000 - 2001)


BMTi 




BUY ONLINE via Faizal Dzasrik Merchandise
Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide 
(while stocks last)





FDFC NEWS | 03012017
FACEBOOK
@faizaldzasrikfanclub
INSTAGRAM

Wednesday, 4 January 2017

FD Journal 001 | Peace Be Upon You



FD Journal 001 | Peace Be Upon You

BMT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera & Salam Muhibbah

Seperti yang tertulis di atas…
Ketiga-tiga ucap salam tersebut amat penting bagi diri saya sendiri. Saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Maka dengan jelas, menggambarkan saya adalah seorang warganegara Malaysia, berketurunan Melayu dan beragama Islam. Menumpang teduh dalam sebuah negara yang majmuk sedikit-sebanyak mempengaruhi saya apabila ingin menyampaikan ucap salam. Bagi meneruskan tradisi  ini, saya akan memulakan ketiga-tiga ucap salam tersebut dalam setiap terbitan jurnal.

Seperti saya sedang berkata-kata kepada anda semua. Seperti mana juga anda menyambut setiap salaman ketika membaca jurnal ini.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Dalam terjemahan Bahasa Inggeris bermaksud ‘Peace Be Upon You’.

Sebagai Muslim, ucapan tersebut juga merupakan doa lengkap tetapi ringkas dengan membawa pengertian ‘Semoga Keamanan Bersama Anda’.
Mendoakan kebahagiaan pada setiap pertemuan. Mungkin ramai orang di luar sana memikirkan orang-orang yang beragama Islam sahaja dibolehkan atau sinonim dengan ucapan tersebut. Sebenarnya, ia tiada kaitan langsung dengan agama tetapi ungkapan tersebut adalah ‘salam budi bahasa’ yakni akidah bagi seseorang bagi menyampaikan salam yang dipetik dari lingua-franca atau bahasa, iaitu asal dari BAHASA ARAB. Sinonimnya masa kini, dengan kebiasaan bagi orang-orang Muslim sebagai bentuk praktikal yang diamalkan bagi memulakan sesuatu sessi pertemuan.

SALAM SEJAHTERA
Jikalau ASSALAMUALAIKUM adalah ucap salam asal BAHASA ARAB, makanya SALAM SEJAHTERA pula adalah ungkapan ‘bermakna yang sama’ asal BAHASA MELAYU. Bezanya, Salam Sejahtera dilihat atau lebih dipraktikkan bagi orang BUKAN ISLAM atau orang Muslim yang ingin menyampaikan salaman kepada orang bukan Islam. Bersesuaian dengan semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.
Secara praktikalnya bagi diri saya sendiri, turut menyampaikan Salam Sejahtera bagi menghargai sahabat handai dan para peminat karya saya yang Bukan Islam. Kehadiran mereka sangat bermakna dan positif bagi saya. Sebagai mendukung sifat saling hormat-menghormati sesama manusia, sejujurnya saya berkawan baik dengan sesiapa sahaja.

SALAM MUHIBBAH
Perkataan ‘Muhibbah’ jarang kedengaran lewat kebelakangan ini. Bagi sesetengah orang yang akan mengatakan perkataan itu adalah ‘OLD SCHOOL’ atau ‘LAMA atau BUKAN TERKINI’, Hanya OLD TIMERS (orang-orang lama) sahaja yang menggunakan perkataan itu. Jangan menyalahkan anggapan mereka. Mari kita sama-sama memperbetulkan fikiran mereka. Maksud sebenar MUHIBBAH adalah PERPADUAN (Unity).

Walaupun ketiga-tiga ucapan ini serentak membawa mesej KEAMANAN, KEAMANAN dan PERPADUAN, jika ditelusuri semula gabungan tersebut membawa pengertian tambahan.
‘Mendoakan KEAMANAN bagi umat Islam dan Bukan Islam dalam PERPADUAN’.

Pada hemat saya, kita semuanya adalah SAMA. Manusia biasa sahaja.
Semua orang berhak mendapat kebahagiaan dan hidup dalam keamanan. Cara yang paling terbaik adalah BERSATU PADU. Saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Perghh! #faizaldzasrik

BMT


THANK YOU | Nurin Irdina | Facebook Nurin Irdina






BUY ONLINE via Faizal Dzasrik Merchandise
Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide 
(while stocks last)





FDFC NEWS | 03012017
FACEBOOK
@faizaldzasrikfanclub
INSTAGRAM


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...