Search Faizal Dzasrik

Selamat Datang. Welcome to FAIZAL DZASRIK FAN CLUB

Selamat Datang. Welcome to FAIZAL DZASRIK FAN CLUB
ZAREEN | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego

FDFC Inspiration Theme Song | KITA OONIK by NAJIP ALI

FDTV via Faizal Dzasrik Fan Club

Faizal Dzasrik & Friends @ MPH Quill

Faizal Dzasrik & Friends @ MPH Quill

Faizal Dzasrik Fan Club | WALL OF FAME - Part I

Faizal Dzasrik Fan Club | WALL OF FAME - Part II

Faizal Dzasrik BILLBOARD | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita
FACEBOOK Syawa Dola & Shafiq Najib

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
INSTAGRAM @joyheni

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
FACEBOOK Kazrina Mohamed Kassim

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego
INSTAGRAM @nurieie

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
GOODREADS Suhailah Iskandar

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita
FACEBOOK Nurin Irdina

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Yong Tau Foo

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Yong Tau Foo
INSTAGRAM @misshanisrazak

SOUNDCLOUD Faizal Dzasrik #Karaoke

Saturday, 31 December 2016

FD Journal 000 | “Adey ley bendey-nyey kome semuey nak bacey…”



FD Journal 000 | “Adey ley bendey-nyey kome semuey nak bacey…”

BMT + BMTi + LPT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera & Salam Muhibbah

Jurnal atau Diari adalah satu medium penulisan yang mengekspressikan ‘luahan atau pandangan peribadi daripada kaca mata seseorang’. Lazimnya, ia berkaitan dengan kisah-kisah kehidupan yang telahpun, sedang atau bakal dilalui oleh seseorang itu. Dalam intipati bingkisan FD JOURNAL, seseorang yang dimaksudkan itu ialah SAYA! Hehehe.

Apabila menulis jurnal secara terbuka di blog, netizen dari pelbagai latarbelakang dan identiti sosial akan berpeluang membaca apakah isi kandungan yang ingin disampaikan oleh saya pada setiap siri terbitan. Masyarakat sangat menggemari MAKLUMAT demi MAKLUMAT terbaru bagi memeriahkan lagi kehidupan mereka seharian.

“Busy Body betul ler dia orang ni!” Hehehehe.

Ek eh. Saya mengutuk para pembaca blog saya kah? TIDAK-LAH!
Ish! Cepat bebenor kome ni nak menyelap (marah atau naik angin).

That’s what we call as GUILTY PLEASURE (Benda Salah Yang Menjadi Kesukaan). Yang mana, suka atau tidak suka. Mengaku atau tidak mengaku, ramai orang yang prihatin seringkali menambat minat secara terbuka atau terpendam dengan membaca APAKAH YANG SEDANG DIFIKIRKAN OLEH ORANG LAIN. Sejujurnya, ia sejenis tabiat bagi orang-orang yang PSYCHOTIC! Hehehehehehehe. Tapi… menyeronokkan, kan?

‘Peeking-peeking’… skodeng-skodeng tentang orang lain. Hahaha.
GURAU je-lah! Saje je nakal-nakal sikit. Saya ni kan suka menyakat.

Apakah rencah-rencah intipati yang bakal saya sajikan menerusi FD JOURNAL ini?
Sudah pastinya, setiap siri terbitan ‘meng-imej tumpu-kan’ (highlight) pada penulisan yang boleh membawa KEBAIKAN untuk para pembaca nanti. Tidak-lah terlalu plastik! Tiada unsur-unsur Mr. Congeniality dalam setiap cerita jurnal. Kekal SELAMBA seadanya, tetapi masih ‘berlapik’ apabila berkata-kata. Gaya bahasa yang bebas digunakan. Bergantung pada kesesuaian ‘jalan cerita’. KLASIFIKASI BAHASA akan diberitahu. Sama ada BMT (Bahasa Melayu Tinggi), BMTi (Bahasa Moden Ter-Ikhlas) atau gabungan ataupun selainnya. Paling penting setiap terbitan mudah difahami dan ‘trendy’. Janji ROCK! Gitoo.

Sebetulnya ‘JOURNAL’ asal saya sudahpun diterbitkan sejak beberapa bulan lalu di blog FaizalDzasrik.Com. Namun begitu, saya merasakan adalah lebih baik sekiranya konsep jurnal ini dipindahkan ke blog penulisan dan arkib khas untuk para peminat karya novel saya di FaizalDzasrikFanClub.Com. Ia lebih tepat dan bersesuaian. Pada peringkat awal siri pengenalan FD JOURNAL, beberapa material terbaik dari JOURNAL terdahulu akan diperkemaskini dan dimuat naikkan semula di blog FaizalDzasrikFanClub.Com. Seterusnya menyusul pula jurnal-jurnal terkini dan segar ditulis dari semasa ke semasa.
Apakah motif sebenar penerbitan JOURNAL FD ini?
“Adey ley bendey-nyey kome semuey nak bacey. Sementarey nak nunggu novel-novel baghu Faizal Dzasrik tu keluwor.”

TRANSLASI | Loghat PERAK TENGAH ke BAHASA MELAYU
“Jadinya, adalah benda kamu semua nak baca. Sementara nak menunggu novel-novel baru Faizal Dzasrik tu keluar (diterbitkan/dipasarkan).”
Hehehehehehehehe. Perghh! #faizaldzasrik

BMT + BMTi  + LPT


THANK YOU | Instagram @joyheni




BUY ONLINE via Faizal Dzasrik Merchandise
Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide 
(while stocks last)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...