Search Faizal Dzasrik

Selamat Datang. Welcome to FAIZAL DZASRIK FAN CLUB

Selamat Datang. Welcome to FAIZAL DZASRIK FAN CLUB
ZAREEN | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego

FDFC Inspiration Theme Song | KITA OONIK by NAJIP ALI

FDTV via Faizal Dzasrik Fan Club

Faizal Dzasrik & Friends @ MPH Quill

Faizal Dzasrik & Friends @ MPH Quill

Faizal Dzasrik Fan Club | WALL OF FAME - Part I

Faizal Dzasrik Fan Club | WALL OF FAME - Part II

Faizal Dzasrik BILLBOARD | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita
FACEBOOK Syawa Dola & Shafiq Najib

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
INSTAGRAM @joyheni

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
FACEBOOK Kazrina Mohamed Kassim

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego
INSTAGRAM @nurieie

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
GOODREADS Suhailah Iskandar

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita
FACEBOOK Nurin Irdina

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Yong Tau Foo

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Yong Tau Foo
INSTAGRAM @misshanisrazak

SOUNDCLOUD Faizal Dzasrik #Karaoke

Friday, 2 September 2016

FDFC | Memperkenalkan MEEN sebagai ‘First Reader’ Karya Faizal Dzasrik


BMT + BMTi 

FDFC | Memperkenalkan MEEN sebagai ‘First Reader’ Karya Faizal Dzasrik

Selama ini saya tidak pernah berkeseorangan dalam dunia penulisan. Ramai yang mungkin tidak mengetahui sebenarnya saya sentiasa ‘berdua’ apabila meneliti setiap manuskrip yang telahpun siap ditulis. Siapakah pembaca pertama setiap karya saya?
MEEN! Adik perempuan kesayangan saya. Heh heh heh.
Setiap kali material-material baru selesai ditulis menjadikan sebuah manuskrip separa lengkap atau lengkap sepenuhnya, MEEN adalah orang pertama yang akan memberikan pandangan. Oh! Jangan ingat MEEN seorang pengkritik yang baik atau sentiasa menjaga hati abangnya sebagai seorang Penulis. ‘Budak Kerinting ala Mi Maggi Cepat Dimasak Sedap Dimakan’ ini sememangnya ‘sangat jujur’. Setiap pandangannya sama ada yang baik dan tidak baik dilontarkan secara selamba. MEEN bukan membayangkan dirinya sebagai pembaca sahaja tetapi lebih penting adalah sebagai pembeli yang telah mengeluarkan duit bagi mendapatkan sesebuah novel karya Faizal Dzasrik. Berbaloikah? Adakah benar-benar menghiburkan? Apakah pengajaran yang boleh diperolehi setelah membaca novel Faizal Dzasrik?
Sememangnya saya sendiri mahukan MEEN bersikap seperti itu. Memiliki ‘critical minded’ dan mampu mengekspressi kehendak serta kepuasan bakal para pembaca novel saya kelak. Pada hemat saya, setakat ini MEEN telahpun menjalankan peranan sebagai 'pengkritik' dengan baik dan berkesan.
Sebetulnya, mana-mana Penulis sekalipun akan hidup dalam ‘rally’ penceritaan sesebuah manuskrip tebal dan panjang. Adakalanya saya sendiri pun merasakan apa yang telah ditulis dalam manuskrip sudah cukup bagus. Pendek kata, SYOK SENDIRI.
Namun begitu setelah manuskrip dibaca semula oleh MEEN, pasti akan ada perkara-perkara yang perlu ditegur dan diperbetulkan. 
Eh! Kami berdua sering bergaduh apabila membincangkan tentang hal-hal manuskrip. Bertengkar sepuas hati demi mempertahankan pendapat masing-masing. Saya dan Meen, masing-masing kuat berdegil. Hahahaha. Selepas adegan demi adegan ‘cat fights’, biasanya kami berdua akan mengambil ‘mood’ sejenak sambil berfikir sebaik-baiknya. Mengikut kronologi pengalaman ketika perbincangan manuskrip-manuskrip saya yang lepas, pasti akan wujud pertikaian daripada MEEN. Pening kepala otak saya! 
Kadangkala saya yang betul, MEEN yang salah. Sebaliknya, pasti juga akan berlaku apabila saya sendiri yang salah, MEEN pula yang betul. Dalam hal ini, saya terpaksa bersikap RASIONAL. Jikalau perlu melawan, saya perlu melawan. Sangat penting bagi memastikan hanya pendapat-pendapat yang paling terbaik antara perbincangan kami berdua akan diguna pakai. Huh!
Demi memastikan kualiti manuskrip penuh yang cukup memuaskan hati saya dan MEEN diserahkan ke tangan para editor penerbitan. Peranan MEEN boleh dianggap sebagai ‘Quality Controller aka Pendukung Kualitas’ setiap penceritaan karya-karya saya.
Saya melihat usaha MEEN sebagai ‘kasih sayang’ seorang adik yang benar-benar mahu melihat abangnya berjaya dalam setiap karya yang diterbitkan kelak. Terima kasih MEEN. Love you. 
“Jangan risau, MEEN. Ko dah terikat dengan kontrak seumur hidup jadi FIRST READER manuskrip ALONG! Hahahaha.”


Saya dan MEEN memang BEST BUDDY. We are truly The BADIQ-BADIQ (adik-beradik) and best friend forever and ever. Berkongsi minat yang sama. Kami berdua KAKI KAROKS. Suka duka melayari kehidupan bersama-sama. Kami dua beradik sahaja. Tiada yang lain.
‘Brother-Sister Bonding’ dan 'chemistry' kami berdua cukup kuat. Selalu mengusik. Selalu gaduh. Alah! Manja-manja. Sebagai abang, mana boleh ‘baik sangat’ dengan adik sendiri. Adakalanya saya perlu garang dan tegas, namun  begitu dalam kebanyakan waktu saya bersifat fleksibel. Kesefahaman yang tinggi antara kami berdua sangat membantu dalam proses-proses memberikan impak KAIZEN dalam setiap apa yang saya lakukan, khasnya dalam bidang penulisan. Alhamdulilah.
Sepanjang pengalaman saya bergelar Penulis, pelbagai cerita boleh dikaitkan dengan MEEN. Saya ingin membuat pengakuan jujur. Sungguhpun saya seorang Penulis Novel atau Novelis... ... ...  
Saya sendiri ‘tidak berkebolehan’ membaca novel. Entahlah. Memang pelik. Saya boleh menulis panjang lebar… kelentong loq laq semua boleh, tetapi apabila disuruh membaca novel… saya memang ‘tidak boleh’. Nak tahu siapa yang tolong bacakan setiap novel yang saya beli? MEEN! Hehehehe. 
Adik kesayangan saya ini berkebolehan membaca novel yang bermuka surat tebal dan berjelar-jelar. Setiap kali membeli novel-novel lain di pasaran, saya mensasarkan MEEN supaya membantu saya sebagai pembaca. PUJUK (dalam mood baik) atau PAKSA (dalam mood nakal) Si Meen membaca novel-novel yang telah dibeli bagi pihak saya. MEEN sangat memahami citarasa saya. Jikalau sesuatu novel itu bagus dan kena dengan selera pembacaan saya, MEEN akan menyarankan saya supaya membaca. Jika sebaliknya, gerenti saya tidak akan disuruh baca oleh MEEN. Hehehehe.  
Apabila secara bersahaja saya menceritakan tentang MEEN di FACEBOOK, pernah juga seorang editor syarikat penerbitan amat berminat menyunting MEEN sebagai Penulis. Siap dapat business card! 
Wow! Serius, saya sendiri pun teruja, tetapi... saya pernah membaca ‘draf’ penulisan MEEN. Sangat hauk! Hahahaha. Entah apa-apa sahaja yang Si MEEN tulis. MEEN sendiri pun mengaku dan akhirnya berkata dengan nada manja dan comel-comelan…
“Meen tak boleh-lah nak nulis-nulis. I don’t have that talent like you. I can’t. Hahahaha.”


MEEN tergelak-gelak. Akhirnya, MEEN telahpun mengambil keputusan bahawasanya hanya akan memberikan sokongan padu kepada saya sahaja. Enggan terlibat sebagai Penulis. Apa yang dia boleh bantu, dia akan bantu saya terutamanya sebagai FIRST READER setiap manuskrip saya.
Bidang penulisan kreatif adalah bidang ‘jiwa-jiwa’. Para pembaca apabila sudah mula selesa dan menyukai apa yang kita tulis… jangan sesekali ‘menipu’ mereka. Susah payah saya menulis sama ada betul atau salah. Baik atau tidak baik, segalanya seratus peratus original ditulis oleh saya sendiri. Insya-Allah. 
Saya menulis... 
MEEN mengkritik...
Editor menyemak... 
Penerbit mencetak...  
... dan paling penting sekali ...
ANDA MEMBELI okey. Cun-lah! 
Hehehehe. 
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua para peminat karya saya dari hari pertama hingga kini yang telah banyak memberikan sokongan dan galakan supaya saya terus berjuang dalam dunia penulisan. Alhamdulilah. Semoga anda bergembira dengan setiap hasil karya dan terhibur hendaknya. Thank You. Love You All. Perghh!

BMT + BMTi 








Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara 
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide 
(while stocks last)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...