Search Faizal Dzasrik

Selamat Datang. Welcome to FAIZAL DZASRIK FAN CLUB

Selamat Datang. Welcome to FAIZAL DZASRIK FAN CLUB
ZAREEN | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego

FDFC Inspiration Theme Song | KITA OONIK by NAJIP ALI

FDTV via Faizal Dzasrik Fan Club

Faizal Dzasrik & Friends @ MPH Quill

Faizal Dzasrik & Friends @ MPH Quill

Faizal Dzasrik Fan Club | WALL OF FAME - Part I

Faizal Dzasrik Fan Club | WALL OF FAME - Part II

Faizal Dzasrik BILLBOARD | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita
FACEBOOK Syawa Dola & Shafiq Najib

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
INSTAGRAM @joyheni

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
FACEBOOK Kazrina Mohamed Kassim

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego
INSTAGRAM @nurieie

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
GOODREADS Suhailah Iskandar

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita
FACEBOOK Nurin Irdina

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Yong Tau Foo

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Yong Tau Foo
INSTAGRAM @misshanisrazak

Friday, 28 February 2014

Behind The Scenes | Burger Del – PTS Professional – PTS Pop – PTS One

Burger Del
BMT + BMTi

Selepas kemunculan dua buah novel debut berjudul INI SUATU CERITA dan YONG TAU FOO, saya menyepikan diri dari sebarang kegiatan penulisan. Hal ini membuatkan Chairman PTS Media Group, Puan Ainon Mohd dan kumpulan editorial tertanya-tanya mengapakah saya mendiamkan diri. Lebih tiga tahun tanpa sebarang novel terbaru di pasaran pada ketika itu.

Secara ringkas, kerjaya sebagai Penulis bukan kehendak imaginasi Abah membayangkan saya pada masa hadapan. Berkelulusan bidang Perakaunan, adalah sesuatu yang aneh apabila saya tidak tampil membentuk identiti sebagai Akauntan. Bukan kerana keengganan tetapi peluang ke arah itu tidak muncul secara nyata. Abah terus ‘menyeksa’ saya berpijak pada bumi nyata, sedangkan realitinya yang ‘nyata’ diimpikan oleh beliau itu tidak pernah kunjung tiba. Rezeki Allah swt kepada saya adalah di luar jangkaan saya sendiri. Abah ‘tidak memahami’. Lantaran itu, kehidupan saya tersepit dan banyak kekecewaan yang berlaku.

Sinar keyakinan tinggi datangnya daripada peminat-peminat karya yang amat menyukai hasil-hasil kerja penulisan terdahulu. Mereka bersuara dengan begitu positif. Pihak penerbitan tidak boleh berdiam diri lagi. Saya dihubungi oleh pihak editorial PTS.

“Awak mesti tulis. Saya nak awak tulis jugak!”
Begitulah kata-kata Editor Senior PTS Professional, Cik Nurismaliza Ismail (Ann) dengan nada serius apabila menghubungi saya menerusi telefon. Baiklah. Akhirnya, saya bersetuju kembali ke dunia penulisan. Walaupun saya sendiri merasakan kurang bersedia pada ketika itu.

Apakah projek seterusnya?
Beberapa kali menghadiri acara tahunan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Puan Ainon meminta saya menulis sesuatu yang difikirkan oleh beliau.
“Tuan ambil contoh buku ini. Kita mahu terbit novel-novel seperti ini. Kisah keusahawanan untuk para pelajar. Saya tahu Tuan otak bisnes!”

Novel 'Nasi Lemak Bonda' karya Qayyum Nur

Novel contoh yang dicadangkan berjudul ‘NASI LEMAK BONDA’ karya Qayyum Nur. Saya membawa contoh naskah novel tersebut pulang ke rumah sebagai kajian dan semakan asas cadangan yang ditawarkan oleh Puan Ainon Mohd. Projek penulisan jenama ‘Usahawan Cilik’. Novel fiksyen bagi menarik minat pencinta-pencinta buku kanak-kanak/remaja terhadap bidang keusahawanan.

Persoalannya.
Daripada manakah sumber inspirasi Puan Ainon memikirkan saya selaku salah seorang penulis bagi jenama penerbitan ini? Jawapannya terdapat pada novel kedua saya, YONG TAU FOO. Sejak dari dahulu lagi, karya ini amat dihargai oleh beliau.
Saya sering diperkenalkan oleh Puan Ainon Mohd kepada rakan-rakan taulan beliau seperti ini. “Saya memperkenalkan, Tuan Faizal Dzasrik. Penulis novel YONG TAU FOO dan INI SUATU CERITA.”

Novel YONG TAU FOO sering disebut terlebih dahulu berbanding INI SUATU CERITA. Saya sudah lama menyedarinya. Membelek foto-foto di Facebook atau media sosial, saya pernah juga ternampak rakan-rakan kuat dan bersekutu Puan Ainon Mohd dalam bidang penerbitan, latihan, motivasi dan perniagaan membeli novel fiksyen ini. Terselit dicelah timbunan koleksi buku-buku bukan fiksyen PTS yang dibeli oleh mereka. Novel YONG TAU FOO secara kebetulan memiliki unsur-unsur kesukaan Puan Ainon iaitu motivasi dan berlatar belakangkan keusahawanan, sungguhpun ia sebenarnya adalah sebuah karya fiksyen dewasa muda yang biasa. Jika anda mengenali Puan Ainon Mohd secara dekat, beliau amat cenderung mendedahkan setiap pencinta-pencinta dunia ilmu ke arah bidang keusahawanan dan perniagaan.



Dari segi idea dan konsep bakal diketengahkan, saya tidak mempunyai sebarang masalah. Saya sendiri berpengalaman dalam dunia keusahawanan. Saya adalah Pengarah Urusan Pro-Muda Sdn. Bhd, sebuah syarikat perintis bagi tujuan pembangunan dan aktiviti Kelab Program Usahawan Muda (PUM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil, Hulu Langat, Selangor sekitar tahun 1998. Hampir setahun meneraju program ini, saya cepat belajar mengendalikan hal-hal urusan orang dewasa berbisnes sungguhpun pada ketika itu, saya hanya berusia 16 tahun (Tingkatan Empat).

1998 : Kiri ke Kanan – Faizal Dzasrik (Pengarah Urusan), Sarimah (Setiausaha), Pemilik Kilang, Azmilruddin aka Atan (Pengurus Pemasaran), Datin Mugiah Ahmad (Guru Program Usahawan Muda), Azri (Pengurus Pengeluaran). Mewakili Pro-Muda Sdn. Bhd. – SMK Abdul Jalil, Hulu Langat dalam projek perintis usahawan muda peringkat sekolah menengah anjuran PKNS dan JPNSDE ke Kursus Program Usahawan Muda di De Palma Inn, Kuala Selangor pada 23-25 Mac 1998.

Apakah idea bakal dihantar kepada pihak editorial?
Pasaran jenama ‘Usahawan Cilik’ ini dikhaskan untuk kanak-kanak hingga ke peringkat remaja. Perkataan pemasaran yang digunakan oleh pihak PTS Professional iaitu ‘Cilik’ bermaksud kecil atau muda. Berapa ramaikah antara golongan peringkat ini serius memikirkan bidang keusahawanan? Peringkat umur ini masih mentah. Masih belum kritis dan kurang berpengalaman. Selain tugas belajar di sekolah, apakah yang disukai mereka adalah sesuatu yang menyeronokkan. Nampak mudah, tetapi mencabar kredibiliti saya. Saya terpaksa berfikir dari semua aspek. PTS mahukan sesuatu yang ‘sangat bagus dan bermanfaat’. Target pasaran sebenarnya adalah ‘golongan pemikir yang mudah’. Saya pula selaku penulis harus memikirkan apakah ‘subjek yang menarik, unik dan universal’ bagi ditulis. Saya pilih BURGER! 

BURGER adalah makanan yang sangat popular di pasaran tempatan dan antarabangsa. Hampir semua orang dalam dunia mengenali BURGER. Selain enak, ia mudah diubah suai mengikut pelbagai citarasa. Secara umumnya mengetahui BURGER adalah makanan ciptaan negara barat. Saya harus menyelitkan unsur-unsur ‘KETIMURAN’. Saya juga adalah peminat ‘BEGEDIL’. Kuih goreng atau tapas ringkas berbentuk diperbuat daripada kentang lenyek dan ditambah dengan pelbagai sayuran dan protein. Sebutan asal BE-GE-DIL, saya mengubah suai menjadi ‘BURGER DEL’. Secara fiksyen, DEL adalah idea tambahan membayangkan kisah jenama pemilik gerai burger yang dimiliki oleh keluarga FADHIL. Maka terciptalah, BURGER DEL. Hehehehe.

Inspirasi karya ini diilhamkan dari pengalaman saya sendiri sewaktu tinggal di Taman Taming Jaya, Balakong, Selangor. Gerai-gerai burger di kawasan sekitar bersaing sengit bagi meraih perhatian masyarakat setempat.

Menerusi novel mini ini, buat pertama kalinya saya menggunakan teknik penulisan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) diperkenalkan oleh PTS. Antara kelainan yang ditonjolkan adalah aplikasi formula pengiraan Cost Accounting (Pengiraan Kos) yang mudah difahami oleh pembaca-pembaca cilik. Selain itu, Research Analysis (Analisis Penyelidikan) bagi kajian permasalahan, mencari kesimpulan dan cara-cara paling efektif menyelesaikan masalah turut diberikan perhatian.

Paling menarik, saya berkesempatan memberikan serba-sedikit resipi-resipi burger moden dan ‘fusion’ atau ‘campuran’. Selain boleh dibayangkan keenakannya oleh para pembaca, mereka boleh mencuba resipi-resipi tersebut di rumah. Walaupun karya fiksyen ini hanya 181 muka surat sahaja tetapi ia padat dengan idealisme berbentuk pemikiran logikal tanpa sedikit pun melupakan aspek keriangan para pembaca kelak.  

Saya sudah biasa menulis karya yang jauh lebih tebal tetapi apabila disuruh menulis karya yang nipis, ia menjadi satu perkara yang pelik bagi saya. Saya masih ingat. Saya tidak tahu apakah STORYLINE yang terbaik bagi mengakhiri manuskrip BURGER DEL. STORYLINE dibina menerusi kompilasi detik-detik menarik menggabungkan realiti dan fiksyen difikirkan saya secara mudah. Bukan secara terlalu spontan atau dirancang dengan penuh teliti. Saya berada ditengah-tengah ‘jurang pemikiran’ antara fokus STORYLINE tersebut. Masalah terbesar saya adalah kerana ia kehendak PTS supaya karya ini tidak melebihi 200 muka surat. Ibarat pelari marathon disuruh menyertai larian pecut 100 meter. Sebagai pelari, saya terpaksa berfikir secara dengan logik bagaimana harus menang.

Manuskrip penuh 10 episod dihantar kepada pihak editorial PTS Professional. Episod terakhir terpaksa diubahsuai semula kerana ‘tersalah momentum’. Saya terlupa, saya adalah ‘pelari pecut’ menerusi karya ini. Masa seminggu ditambah bagi usaha membaik pulih manuskrip ini, akhirnya saya berjaya berada pada tahap momentum yang tepat.

Semasa urusan penerbitan novel ini, adik saya Meen dan Mama mengambil alih peranan mewakili saya selaku penulis. Saya terikat bekerja sebagai Executive, Accounts & Finance di Amanah Saham MARA Berhad. Masih dalam tempoh ‘probation’ atau ‘percubaan’. Saya tidak terlalu memikirkan konsep kulit novel ini. Sejak dari awal, Cik Nurismaliza Ismail (Ann) sudah membayangkan ia seperti konsep ‘fastfood’. Meen juga memberitahu saya, kulit novel ini cantik dan menepati seleranya ketika ia pertama kali dipersembahkan.

“Saya pilih warna merah, sebab banyak kaver-kaver novel PTS jarang berwarna merah.”
Kenyataan Cik Ann. Saya sangat gembira. Saya sentiasa menyukai kelainan. Sejak dari dahulu, saya memang begitu. Hehehehe.

Selepas tiga tahun tanpa novel terbaru di pasaran, BURGER DEL diterbitkan pada 28 September 2010 adalah karya kemunculan saya dari dunia pertapaan. Individu yang bertanggungjawab dan harus diberikan kredit penghargaan kerana membawa saya keluar dari ‘dunia’ tersebut adalah Cik Ann, Editor Senior PTS Professional pada ketika itu. Buat julung-julung kalinya juga, saya langsung ‘tidak mengenali’ editor novel ini, Cik Puan Nazirah Yusof. Di mana jua anda berada, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih. Jenama ‘Usahawan Cilik’ menginjak kematangan dan bergerak dari unit ke unit penerbitan PTS Media Group. Mula diterbitkan oleh PTS Professional, jenama ini berpindah sebentar ke PTS Pop dan terkini diuruskan oleh PTS One. Sejujurnya, saya sendiri pun ‘pening kepala’ dengan perubahan tersebut. Hehehehe.

Hikmah terbaik menerusi penerbitan ini adalah apabila ramai peminat karya berusia lebih muda mula mendekati saya selaku penulis. Alhamdulilah. Jika sebelum ini majoriti besarnya adalah di kalangan remaja dan dewasa muda. Selepas kelahiran novel BURGER DEL, para peminat karya di kalangan golongan kanak-kanak mula memberikan maklum balas dan menyatakan minat. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Rezeki-rezeki daripada Allah swt. Saya amat bersyukur. Alhamdulilah. Perghh!

BMT + BMTi    


Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara 
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide 
(while stocks last)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...