Search Faizal Dzasrik

Selamat Datang. Welcome to FAIZAL DZASRIK FAN CLUB

Selamat Datang. Welcome to FAIZAL DZASRIK FAN CLUB
ZAREEN | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego

FDFC Inspiration Theme Song | KITA OONIK by NAJIP ALI

FDTV via Faizal Dzasrik Fan Club

Faizal Dzasrik & Friends @ MPH Quill

Faizal Dzasrik & Friends @ MPH Quill

Faizal Dzasrik Fan Club | WALL OF FAME - Part I

Faizal Dzasrik Fan Club | WALL OF FAME - Part II

Faizal Dzasrik BILLBOARD | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita
FACEBOOK Syawa Dola & Shafiq Najib

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
INSTAGRAM @joyheni

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
FACEBOOK Kazrina Mohamed Kassim

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego
INSTAGRAM @nurieie

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
GOODREADS Suhailah Iskandar

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita
FACEBOOK Nurin Irdina

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Yong Tau Foo

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Yong Tau Foo
INSTAGRAM @misshanisrazak

SOUNDCLOUD Faizal Dzasrik #Karaoke

Tuesday, 7 January 2014

FDFC | Kita Oonik - Inspiration Theme Song


BMT

Kita Oonik – Najip Ali 



{ LIRIK } 
Rap : Najip Ali
Jauh perjalanan luaslah pandangan
Destinasi kehidupan penuh pengertian
Dari persepsiku semuanya individu
Ku pasti kamu adalah kamu
Citarasa kita berbeza-beza
Cerminkan dirimu tanya siapakah dia
Perseptif, Positif
Mengejar kemajuan sertai mereka

Back Up Vocal : Ina Freshies + Hook : Najip Ali
Beza budaya (citarasa)
Juga bangsa (berbeza-beza)
Tidak menjadi penghalang... (kita Oonik... kita Oonik...)
Bersama... Ha aa... (Ooh Ooh Ooh Oonik)

Duet Chorus : Najip Ali + Ina Freshies
Jangan ragu terus dengan caramu
Kerana kita OONIK
Biar berbeza kita punya cara kita
Sememang kita OONIK

Rap : Najip Ali
Bumi nan luas dan pelbagai pilihan
Fahaman dirimu tidak jadi persoalan
Cuba bukakanlah matamu dan juga minda
Pastinya bisa kecapi apa yang dicita
Oh sungguh ku bangga dengan kita semua
Biarkan mereka dengan cara mereka
Optimistik, Individualistik
Teruskan caramu kerna kita OONIK

Back Up Vocal : Ina Freshies + Hook : Najip Ali
Maju bersama (Di sini)
Maju semua (Di sana)
Kita di mata dunia (Kita praktik... cara Oonik)
Dunia... Ha aa... (Ooh Ooh Ooh Oonik)

Duet Chorus : Najip Ali + Ina Freshies
Jangan ragu terus dengan caramu
Kerana kita OONIK
Biar berbeza kita punya cara kita
Sememang kita OONIK

*Repeat Duet Chorus (3 x)

Lagu/Lirik : KRU

Sebagai individu bernama Faizal Dzasrik, saya juga adalah seorang pecinta muzik tegar. Muzik adalah salah satu latar belakang penting dalam kehidupan saya. Menerusi muzik atau lagu, sebenarnya kita boleh menaikkan semangat dan menjalani kehidupan dengan penuh ceria dan bermakna.
‘Kita Oonik’ nyanyian Najip Ali feat. Ina Freshies (Ciptaan KRU, Terbitan PonyCanyon – Fuji Japan 1995) adalah lagu kegemaran saya sejak kecil. Pengaruh Asia Bagus! Lagu ini dimainkan pada penghujung rancangan tersebut. Saya menggemari lagu ini kerana melodinya adalah ‘fusion’ antara muzik MODEN dan ETNIK Asia-Nusantara. Paduan RAP mewakili SUARA LELAKI dan VOKAL mewakili SUARA PEREMPUAN.
Lagu ini menceritakan bagaimana kita boleh membuka minda dan menerima ‘perbezaan setiap individu’ jika memiliki sifat menyokong dan memahami antara satu sama lain. Lagu ini turut mengajak pendengar supaya bangkit mencapai kemajuan. Kemajuan boleh dikecapi oleh sesiapa sahaja kerana DUNIA adalah LUAS tanpa sempadan. Pada hemah saya, KRU berjaya mencipta lagu yang sangat bagus dan memberikan nilai-nilai positif kepada masyarakat.
Oonik atau UNIK (ejaan sebenar) bermaksud 'LUAR BIASA' atau 'KEISTIMEWAAN YANG BERBEZA'. Saya amat percaya setiap orang dilahirkan di DUNIA ini memiliki keunikan tersendiri. Di sebalik kelebihan atau kekurangan, pastinya akan ada KEUNIKAN yang diberikan oleh Yang Maha Esa.
Sepanjang bergelar Penulis/Novelis, saya berpeluang bertemu dengan ramai peminat-peminat karya secara langsung atau tidak langsung di mana setiap daripada mereka adalah individu yang UNIK pada mata dan hati saya.
Apakah KEUNIKAN mereka? Saya boleh memberikan sedikit bingkisan dalam beberapa situasi BERBEZA.

PERTAMA
Ada di kalangan peminat karya berdepan dengan KANSER. Perlu melalui rutin proses kimoterapi tetapi masih membawa novel-novel saya sebagai bahan penghibur. Apabila menyebut KANSER, tahukah anda betapa hebatnya penyakit tersebut? Sangat menyakitkan. Bagaimana peminat yang tabah ini sedang kesakitan tetapi masih sempat terfikir mahu berhibur dengan novel-novel saya. Itu sangat UNIK bagi saya. Serius, saya amat terharu. Sangat menyentuh perasaan. Insya-Allah, saya akan sentiasa mendoakan semoga kesihatan peminat karya saya unik ini bertambah pulih. Amin. 

Foto menerusi Instagram MissHanisRazak yang membawa novel-novel karya Faizal Dzasrik ketika sedang menjalani kimoterapi
KEDUA
Situasi apabila BAPA tercinta menghalang minat saya menjadi penulis. Sebenarnya ABAH tidak tahu sejauh mana pencapaian saya dalam dunia penulisan. Setelah novel baru diterbitkan, peminat-peminat karya novel terdahulu bersatu padu memberikan sokongan. Sokongan bermula di Portal Penerbit, usaha mencari dan membeli, memberikan maklum balas positif hingga menghantarkan foto-foto perkongsian kegembiraan kepada saya. Mereka sangat UNIK! Saya amat bersyukur, peminat-peminat karyalah yang menguatkan lagi perjuangan saya di persada dunia penulisan. Selepas melihat semua maklum-maklum balas ini, persepsi ABAH kepada saya bertambah baik. Secara jujurnya, tanpa disangkakan peminat-peminat karya saya sudah berjaya memperbaiki tanggapan ABAH terhadap hasil usaha saya. Jutaan terima kasih. Alhamdulilah. 

Foto dari Portal PTS

KETIGA
Dunia tanpa sempadan. Sukar dijangkakan. Setakat hari ini, saya telah menerima maklum balas dari pelbagai latar belakang yang UNIK. Dari golongan professional, suri rumah, pelajar hingga ke pekerja kontrak warga asing di luar negara dan lain-lain. Berbeza sudut sosiologi dan sosio-ekonomi. Saya selalu berfikir, mungkin ruang radar liputan karya-karya saya hanya pada klausa pasaran tertentu sahaja. Tidak seperti apa yang saya sering fikirkan. Ia berkembang atas rezeki pemberian Allah swt. Alhamdulilah.



KEEMPAT
BUKAN SEMUA pembaca atau peminat-peminat karya ‘MENGINGATI’ saya selaku penulis. Lebih menarik, tidak kenal langsung pun ada. Apa yang mereka ingat adalah apa yang saya telah hasilkan sebelum ini. Novel-novel itu sendiri yang membawa peminat-peminat karya kembali menjejaki saya semula selaku penulis. Bagaimana mereka boleh terfikir mencari saya semula? Saya percaya, jawapan yang TEPAT sudah tentu pada karya-karya yang telah mereka baca selama ini. Bagi saya, peminat-peminat karya yang memberikan maklum balas seperti ini adalah antara terUNIK!

Maklum balas daripada Dayang Nur Alia yang mengakui 'lupa' nama Penulis, tetapi memori semasa kecil yang berkesan membawa beliau bertemu semula Faizal Dzasrik di Facebook.
Kesemua bingkisan di atas adalah BENAR.
Justeru sejak dari awal penubuhan laman sesawang FaizalDzasrikFanClub.Com, saya berfikir adalah wajar sentiasa menerbitkan penghargaan kepada insan-insan yang UNIK ini.  
Lagu ‘KITA OONIK’ adalah paling terbaik melambangkan semangat setiakawan Faizal Dzasrik Fan Club.  Lagu ini saya didedikasikan khas kepada semua peminat karya saya di mana jua anda berada. Andalah yang telah mewarnai kehidupan saya selama ini. Terima kasih. Alhamdulilah. Perghh!

BMT   


Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara 
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide 
(while stocks last)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...