Search Faizal Dzasrik

Selamat Datang. Welcome to FAIZAL DZASRIK FAN CLUB

Selamat Datang. Welcome to FAIZAL DZASRIK FAN CLUB
ZAREEN | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego

FDFC Inspiration Theme Song | KITA OONIK by NAJIP ALI

FDTV via Faizal Dzasrik Fan Club

Faizal Dzasrik & Friends @ MPH Quill

Faizal Dzasrik & Friends @ MPH Quill

Faizal Dzasrik Fan Club | WALL OF FAME - Part I

Faizal Dzasrik Fan Club | WALL OF FAME - Part II

Faizal Dzasrik BILLBOARD | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita
FACEBOOK Syawa Dola & Shafiq Najib

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
INSTAGRAM @joyheni

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
FACEBOOK Kazrina Mohamed Kassim

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego
INSTAGRAM @nurieie

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
GOODREADS Suhailah Iskandar

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita
FACEBOOK Nurin Irdina

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Yong Tau Foo

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Yong Tau Foo
INSTAGRAM @misshanisrazak

SOUNDCLOUD Faizal Dzasrik #Karaoke

Monday, 20 January 2014

FDFC | Testimoni Novel-Novel Sahabat Penulisan

Dunia Yazmin - Majidah Mat Jusoh
[BMT] 

Pihak Editorial PTS Media Group telah menyatakan hasrat ‘melamar’ saya sebagai Penulis Testimoni bagi produk-produk terbaru penulisan sahabat seperjuangan. Alhamdulilah. Saya berasa berbesar hati kerana diundang bagi menjayakan usaha yang dinamik ini.
Slot khusus sepenuh satu muka surat dengan memberikan pendapat-pendapat yang menarik bagi dimuatkan dalam sisipan naskah TIGA Siri Novel Kompilasi berjudul :
SEJAK BILA KAMI ... ? oleh Ainin Naufal
DUNIA YAZMIN oleh Majidah Mat Jusoh
KEMBAR DIRAJA POPULAR oleh Aizam Aiman

Projek kompilasi ini adalah usaha jitu pihak penerbitan bagi keseluruhan karya-karya bersiri di bawah judul yang sama ‘dipakejkan’ atau ‘repackaged’ menjadi sebuah novel lebih tebal. Dengan paparan kulit novel berwajah baru dan pengeditan terkini, diharapkan semoga dapat memberikan nilai kepuasan yang maksima kepada para pembeli dan pembaca kelak. Insya-Allah.

Sejak Bila Kami ...? - Ainin Naufal
Selain FAIZAL DZASRIK, BAHRUDDIN BEKRI dan AIN MAISARAH adalah antara penulis-penulis pro aktif tanahair yang turut bersama-sama melahirkan pendapat dengan gaya tersendiri. Pengalaman diberikan kepercayaan seperti ini oleh Pihak Editorial PTS merupakan satu penghormatan yang amat besar dan bermakna.



Penghargaan lebih tepat ditujukan khas kepada peminat-peminat karya Faizal Dzasrik yang selama ini begitu setia memberikan sokongan positif hingga telah membawa kredibiliti saya selaku penulis sampai ke tahap ini. Alhamdulilah. Terima kasih. 



Ucapan teristimewa kepada sahabat-sahabat penulisan saya, Puan Ainin Naufal, Puan Majidah Mat Jusoh dan Puan Aizam Aiman (Mazlia Murat).
Tahniah! Semoga terus berkarya dan ‘sayang-menyayangi’ antara satu sama lain serta kekal utuh menyemarakkan lagi semangat persahabatan. Insya-Allah. Amin. Perghh!

Kepada pecinta-pecinta karya fiksyen remaja tempatan. Dapatkanlah novel-novel kompilasi ini di pasaran. Edaran PTS Media Group Sdn. Bhd. Terima kasih.
Perghh!

[BMT] 


Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara 
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide 
(while stocks last)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...