BMT
Saya
memang tidak pandai melukis.
Editor
novel INI SUATU CERITA, Tuan Alif Firdaus Azis bertanya jika saya berminat mahu mencipta ikon atau avatar sebagai identiti penulis. Sempat berfikir sejenak. Apakah bentuk
lukisan yang saya selalu lukis semasa kecil?
Saya
terus melukis sebentuk objek halus yang memaparkan perasaan riang gembira. Berkaca mata dan bertopi sebagai
aksessori tambahan. Hanya BEBERAPA SAAT, saya telah pun siap melukis di atas sekeping
kertas A4 putih. Saya sebagai ORANG LIDI!
Tuan Alif mengambil lukisan tersebut lalu terus di-scan-kan
dan akhirnya muncul sebagai penyeri muka surat awal novel INI SUATU CERITA dan
YONG TAU FOO. Disertakan bersama alamat e-mail.
Saya
melukis ikon ini sewaktu berkunjung ke Pejabat PTS bagi urusan mengesahkan pruf novel kerana pihak penerbitan amat kesuntukan masa bagi memastikan kedua-dua novel DEBUT serentak
hasil karya saya, INI SUATU CERITA dan YONG TAU FOO segera disiapkan dan
dihantar ke bahagian percetakan. Pihak PTS mahu memperkenalkan kedua-dua novel tersebut pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang mula berlangsung pada waktu terdekat.
Terutama kepada
para pembaca atau pembeli novel-novel ini pasti akan menyedari lukisan ikon ORANG LIDI yang dimaksudkan.
Inilah lukisan original saya. Jika menjadi seorang pelukis, saya lebih gemar melakar gambar permandangan atau ‘abstrak berangan’ tetapi bukan wajah orang
atau diri sendiri.
Idea
sebenar ikon penulis ini diinspirasikan oleh tuan editor sewaktu pulang dari berkunjung ke salah sebuah acara Pesta Buku di Thailand. Di sana pada ketika itu, trend
atau ikutan para penggiat penulisan menghasilkan ikon bagi menampilkan identiti
penulis-penulis.
Tiada
istilah khusus atau metafora bagi menggambarkan mengapa saya memilih ORANG LIDI
sebagai ikon. Sememangnya tiada sebarang sebab penting. Segalanya spontan!
Apa
yang boleh dikaitkan serba sedikit mengenai ikon ORANG LIDI ini dengan diri saya sendiri adalah ingatan sewaktu zaman kanak-kanak. Semasa kecil, saya percaya kita
semua ada imaginasi tersendiri. Saya sangat suka menonton Sukan Olimpik di kaca
televisyen. Acara sukan tempur, larian, berbasikal, ‘ice-skating’ dan
sebagainya akan digambarkan semula oleh saya melalui lukisan ORANG LIDI.
Saya
suka melukis melihat aksi-aksi atlit sukan dalam bentuk ORANG LIDI versi format
2D. Hehehehe. Amat senang jika mahu melukis atau mengubahsuai aksi-aksi tangan dan kaki supaya boleh dikepakkan, 'dilentuk-liukkan' dan sebagainya. Pada pendapat saya, ORANG LIDI amat versatil dan boleh difahami oleh sesiapa pun selain mudah dilukis oleh orang yang tidak pandai
melukis seperti saya.
Selepas
DUA novel DEBUT terawal, ikon tersebut tidak lagi digunakan oleh penerbit.
Sungguhpun begitu, saya tetap mengingati asal-usul kisah kewujudan ikon ORANG
LIDI ini. Hehehe. Perghh!
BMT
BUY
ONLINE via Faizal Dzasrik Merchandise
Juga terdapat di kedai-kedai buku
seluruh negara
(sementara stok masih ada)
also
available at bookstores nationwide
(while stocks last)
(while stocks last)