Search Faizal Dzasrik

Selamat Datang. Welcome to FAIZAL DZASRIK FAN CLUB

Selamat Datang. Welcome to FAIZAL DZASRIK FAN CLUB
ZAREEN | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego

FDFC Inspiration Theme Song | KITA OONIK by NAJIP ALI

FDTV via Faizal Dzasrik Fan Club

Faizal Dzasrik & Friends @ MPH Quill

Faizal Dzasrik & Friends @ MPH Quill

Faizal Dzasrik Fan Club | WALL OF FAME - Part I

Faizal Dzasrik Fan Club | WALL OF FAME - Part II

Faizal Dzasrik BILLBOARD | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita
FACEBOOK Syawa Dola & Shafiq Najib

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
INSTAGRAM @joyheni

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
FACEBOOK Kazrina Mohamed Kassim

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego
INSTAGRAM @nurieie

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
GOODREADS Suhailah Iskandar

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita
FACEBOOK Nurin Irdina

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Yong Tau Foo

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Yong Tau Foo
INSTAGRAM @misshanisrazak

Wednesday, 1 January 2014

FDFC | E-Mail Pertama Daripada Peminat Karya Faizal Dzasrik


BMT

Tarikh sebenar saya bermula sebagai penulis/novelis adalah 27 April 2007, apabila novel kedua saya ‘Yong Tau Foo’ diterbitkan beberapa lebih awal dari novel pertama Ini Suatu Cerita (30 April 2007) dan diperkenalkan bagi pertama kali pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007.
Sememangnya pada waktu itu, saya memberanikan diri masuk ke kawasan staf Booth PTS. Bersungguh-sungguh menjual dua novel karya saya bersama petugas-petugas jualan. Fuh! Saya masih ingat. Pengalaman yang saya tidak akan lupa sampai bila-bila.
Pesta Buku tamat pada hari terakhir, 6 Mei 2007.
Saya berehat sebentar kerana terlalu penat ‘beraksi’ di Pesta Buku. Walaupun kepenatan, saya tergerak hati ingin ke Cyber Cafe Seksyen 2, Shah Alam. Sekitar tahun 2007, rumah saya tiada talian internet broadband atau WiFi seperti sekarang. Segala urusan melibatkan e-mail, saya harus ke Cyber Cafe.
Saya telah membuka e-mail (alamat disertakan dalam naskah cetakan pertama novel), saya amat terkejut dan gembira menerima e-mail maklum balas PERTAMA dalam sejarah sebagai seorang penulis. Pengirimnya adalah Nor Linda (nil_azm@yahoo.com).
Berikut di bawah adalah petikan dari e-mail kiriman Linda. 


Pastinya ribuan hadirin yang singgah ke Booth PTS. Serius saya kurang ingat, yang mana satukah gerangannya adik bernama Linda ini. Linda ingin menjadikan saya seorang mentor. Agak terkedu kerana saya masih baru ‘beberapa hari jagung’ bergelar penulis/novelis. Selain itu, Linda juga meminta tip penulisan. Saya cuba menjawab secara jujur dan seikhlas hati.
Berikut di bawah adalah e-mail yang saya telah balas semula kepada Linda. 


Saya tidak menjangkakan novel INI SUATU CERITA adalah impak awal hasil tulisan saya bakal diminati pada masa hadapan. Sebagai ‘wajah baru’ dunia penulisan pada ketika itu, saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi. Cukup sebagai pengenalan pada permulaan karier, selebihnya masih perlu banyak belajar lagi bagi menjadikan mutu karya penulisan saya bertambah baik pada masa akan datang.
Lain pula jadinya. Saya mula dihargai oleh para pembaca. Mungkin ketiga-tiga watak utama iaitu LAN, SYUK dan ZAREEN yang dicipta oleh saya secara spontan semasa menulis novel ini sampai ke hati dan perasaan para pembaca. Terutamanya pembaca-pembaca perempuan. Hehehehe. Alhamdulilah. Selepas E-Mail Pertama ini, saya berterusan menerima e-mail demi e-mail maklum balas yang seterusnya. Sungguh mengembirakan. Inilah dinamakan rezeki daripada Allah swt. Syukur Alhamdulilah.
Terima kasih Nor Linda. Di mana jua anda berada, saya mendoakan semoga panjang umur dan dipermudahkan rezeki. Amin. Perghh!

BMT   


Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara 
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide 
(while stocks last)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...