Search Faizal Dzasrik

Selamat Datang. Welcome to FAIZAL DZASRIK FAN CLUB

Selamat Datang. Welcome to FAIZAL DZASRIK FAN CLUB
ZAREEN | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego

FDFC Inspiration Theme Song | KITA OONIK by NAJIP ALI

FDTV via Faizal Dzasrik Fan Club

Faizal Dzasrik & Friends @ MPH Quill

Faizal Dzasrik & Friends @ MPH Quill

Faizal Dzasrik Fan Club | WALL OF FAME - Part I

Faizal Dzasrik Fan Club | WALL OF FAME - Part II

Faizal Dzasrik BILLBOARD | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita
FACEBOOK Syawa Dola & Shafiq Najib

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
INSTAGRAM @joyheni

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
FACEBOOK Kazrina Mohamed Kassim

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego
INSTAGRAM @nurieie

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
GOODREADS Suhailah Iskandar

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita
FACEBOOK Nurin Irdina

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Yong Tau Foo

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Yong Tau Foo
INSTAGRAM @misshanisrazak

Friday, 10 January 2014

Behind The Scenes | Yong Tau Foo – PTS One

BMT + BMTi 

Saya tidak menunggu lama. Selepas selesai menyiapkan manuskrip pertama INI SUATU CERITA, saya sudah memikirkan idea baru tetapi mahu menyuntik KELAINAN. Selepas tamat semua subjek peperiksaan semester terakhir di UiTM Shah Alam, saya terus kembali ke komputer Gateway bagi memulakan projek penulisan terbaru.

Apakah material penulisan yang seterusnya? Dari manakah sumber-sumber inspirasi saya? PASAR MALAM!
Pada pertengahan tahun 2006, saya sekeluarga masih tinggal di Balakong. Setiap Sabtu, saya pasti berkunjung ke Pasar Malam di Taman Taming Jaya. Saya paling suka membeli YONG TAU FOO. Pelbagai aneka pilihan bebola ikan, ayam, sotong, udang dan lain-lain. Ditambah sayur kangkung, sotong getah dan mi gulung kuew tiaw. Semua bahan direbus panas-panas di dalam tangki zink berbentuk periuk besar. Selepas siap direbus, penjual memotong bahan-bahan pilihan para pelanggan dengan menggunakan gunting khas lalu dimasukkan ke dalam plastik. Sos cili berempah disertakan bersama kicap. Dibawa pulang ke rumah. Makan sambil menonton televisyen. Oouh! Sedapnya.
Kisah penjual YONG TAU FOO?

Oh! Tidak. Saya tertarik pada perkara lain. Nama ‘YONG TAU FOO’ itu sendiri sangat unik.
Ya, makanan kegemaran orang-orang berbangsa Cina, lebih spesifik etnik Hakka. Sejenis makanan yang enak dan digemari oleh ramai orang tanpa mengira bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Idea ini berlegar-legar dalam fikiran saya hingga menjadi ‘bahan perbualan’ bersama adik saya, MEEN ketika melepak di Kedai Mamak ABC. Saya berkata kepada MEEN.
“Along pikir nak tulis something different. Something yang boleh bagi inspirasi kat orang-orang yang akan baca novel Along nanti. What do you think?”

“Just do it! Terus tulis je apa yang Along rasa nak tulis.”
MEEN membalas dengan bersemangat.
Ayat pertama saya tulis adalah tajuk terlebih dahulu, YONG TAU FOO.
Berbeza dengan manuskrip pertama, INI SUATU CERITA yang mana saya sendiri kebuntuan memilih tajuk sedangkan manuskrip telah siap. Pada usaha kali ini, manuskrip kedua mengalami situasi ‘berlawanan’. Saya sudah memilih tajuk sejak dari awal!

Masih ada perkara-perkara penting lain saya fikirkan. MENTALITI orang-orang di sekeliling kita. Saya seorang berbangsa Melayu, bakal penulis novel Bahasa Melayu. Adakah semestinya saya akan menulis novel-novel hanya untuk dibaca oleh orang-orang Melayu sahaja? Itulah rentak dunia industri penulisan pada masa itu. Novel Melayu KEKAL dengan melo-drama kemelayuannya. Majoriti besar pembaca-pembaca Melayu menyukainya tetapi citarasa bangsa lain berlainan pula.
Saya mahu membuat PERCUBAAN dan PERUBAHAN. Saya mahu menulis sesuatu yang menarik tentang ‘mereka’. Namun begitu, saya harus mengekalkan rentak KOMEDI ditambah dengan kacukan elemen MELO-DRAMA yakni Cinta, Dendam, Tangisan, Pembalasan dan sebagainya. Berbeza dengan manuskrip INI SUATU CERITA yang menampilkan ‘KOMEDI ASLI’ atau ‘Pure Comedy’.
Saya menetapkan HERO dalam manuskrip ini adalah seorang LELAKI BERBANGSA CINA. Perkataan ‘FOO’ adalah nama timangan kepada Adam Foo Keng Kiat. Persis Mega Star terkenal Hong Kong, Aaron Kwok. Hehehe. Memang boleh dijual!
Ah Foo dijelmakan berasal dari susur galur keluarga berbangsa Cina yang melimpah ruah dengan pengalaman-pengalaman dalam DUNIA PERNIAGAAN.

HEROIN ciptaan saya adalah seorang PEREMPUAN BERBANGSA MELAYU.
Rujukan pada panggilan nama ‘YONG’, adalah kakak sulung secara lazim digunakan oleh kebanyakan institusi kekeluargaan berlandaskan tradisional di Perak. Sharifah Noor Adibah atau nama manjanya ‘YONG’.
Kebetulan pada masa itu, saya amat meminati penyanyi berbakat besar, ADIBAH NOOR. Pada era tersebut, beliau amat terkenal kerana baru sahaja memenangi Anugerah Juara Lagu menerusi single ‘Terlalu Istimewa’. YONG @ ADIBAH adalah seorang gadis Melayu konservatif tetapi memiliki impian yang menggunung.

'TAU' atau TAUFIK diciptakan sebagai ‘adik bongsu kepada YONG dan kawan baik kepada FOO’. Sebagai penyeri kala suka dan duka, selain pencetus revolusi penceritaan YONG dan FOO. Gandingan mereka bertiga membentuk barisan teraju utama bagi novel masa hadapan berjudul ‘YONG TAU FOO’.

Apakah STORYLINE atau Jalan Cerita manuskrip ini?
Saya harus merancang dengan teliti. Saya termenung, berfikir, termenung lagi kemudian terus berfikir. BUKAN SPONTAN seperti manuskrip INI SUATU CERITA.
Selepas draf jalan cerita diyakini kuat dan lengkap, saya mula menaip manuskrip ini. Hingga 50% selesai tanpa edit. Segala-galanya mentah. Komputer terpaksa dibungkus ke dalam kotak.
Saya sekeluarga berpindah dari Balakong ke Shah Alam. Proses penulisan ditangguhkan buat seketika hingga rumah baru siap dikemas. Kemudian sambung semula tugas menulis dengan rentak perlahan kerana manuskrip pertama INI SUATU CERITA sedang berjuang bagi diterbitkan. Saya sendiri tidak tahu apakah nasib ingin bergelar Penulis menjadi kenyataan atau sebaliknya.

Hingga pada awal tahun 2007, saya mendapat berita gembira apabila PTS One menerima manuskrip INI SUATU CERITA secara rasmi. Pertama kali berjumpa dengan editor-editor PTS One, saya sendiri tidak tahu apakah perancangan mereka pada masa itu. Dalam sesi suai kenal dan perbincangan lanjut, seseorang yang penting dalam hidup saya telah pun MEMBUKA MULUT secara tanpa diduga.

“Along ni tengah tulis satu lagi novel. Apa tajuk novel baru ko, Long? Yong Tau Foo?”
MAMA menyampaikan cerita perkembangan terbaru kepada Cik Nurismaliza Ismail (Ann), Cik Mazlia Murat (Aleeya Myra) dan Encik Alif Firdaus Azis.

“Belum siap lagilah. Sikit lagi nak kena tulis. Rasanya dua tiga minggu lagi siap kot.”
Saya cuba memperbetulkan kenyataan spontan MAMA.

“Ada novel baru ke? Takpe... takpe. Kalau dah siap nanti, bagitau kami. Kami memang nakkan manuskrip baru.”
Cik Mazlia mencelah mesra dengan penuh semangat.  

Pada masa itu, manuskrip YONG TAU FOO telah pun siap 70%. Selepas mendapat galakan positif daripada editor-editor PTS One, saya diusik oleh MAMA ketika di rumah.
“Engko ni tak reti nak bukak mulutlah! Nasib baik Mama bagitau. Rezeki ko, Long. Sekali DUA novel orang PTS nak.”

Saya kembali tekun dengan rentak kerja lebih dinamik. Baki penulisan 30% episod-episod akhir manuskrip YONG TAU FOO selesai dalam tempoh DUA minggu. Dalam tempoh yang terakhir, lebih banyak idea-idea pengolahan berlaku secara spontan ditokok tambah dengan draf jalan cerita sedia ada. Siap! Manuskrip asal setebal 420 muka surat telah berjaya disiapkan.
Kembali bertandang ke Pejabat PTS di Wangsa Melawati membawa manuskrip kedua. Maklum balas diberikan dalam jangka masa singkat. Tidak lama. Cik Mazlia menghubungi saya, memberitahu manuskrip kedua telah pun diterima dan mengisytiharkan DIRI SENDIRI sebagai editor novel YONG TAU FOO. Hehehehehe.
Pada ketika itu, manuskrip sudah mula giat diedit secara professional. Segalanya pantas dan laluan mudah bagi proses penerbitan novel YONG TAU FOO. Alhamdulilah. Rezeki daripada Allah swt.

Kali pertama melihat produk akhir YONG TAU FOO sebagai sebuah novel tepat pada hari pertama di Booth PTS pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007 (PBAKL 07’). Saya TERKEJUT BESAR atas beberapa sebab.

PERTAMA
Novel YONG TAU FOO (manuskrip kedua) mendahului novel INI SUATU CERITA (manuskrip pertama) di atas meja jualan. Novel INI SUATU CERITA masih di kilang percetakan. Hanya beberapa hari kemudian, novel yang sepatutnya dikenali sebagai ‘Novel Pertama Faizal Dzasrik secara FIZIKAL’ akhirnya tiba di Pesta Buku. Sempat membuka beberapa bungkusan pek novel bersalut kertas kilang. Ya! Boleh merasai bau ‘kertas baru’ dan dakwat cetakan yang masih panas.

Koleksi Wall of Fame : Foto novel-novel Yong Tau Foo di rak kedai buku. 
KEDUA
Saya hanya sempat memberitahu secara lisan (informal) kepada editor tentang idea kulit novel YONG TAU FOO. Saya membayangkan kulit hadapan novel dengan gambaran periuk stim yang berasap-asap seperti gerai Yong Tau Foo di pasar malam. Saya amat terkejut ia tampil dengan tiga keping gambar wajah teraju utama tergantung pada sebentang tali penyidai dan hamparan rumput hijau di bawah. Sangat tersasar jauh dari imaginasi saya. Saya amat bimbang. Sejujurnya, kulit novel ini ‘tidak setara’ dengan jalan cerita sebenar dalam novel tersebut. Bolehkah novel ini menambat hati para pembeli di Pesta Buku pada masa itu?
BOLEH! Berdasarkan pemerhatian saya sendiri, novel YONG TAU FOO dan INI SUATU CERITA mendahului kelebihan dari segi aspek ‘ketebalan’. Kuasa Allah swt. Di meja jualan Booth PTS One pada ketika itu kesemua karya-karya yang dijual adalah bermuka surat ‘kurang tebal’. Pembeli-pembeli terutamanya para remaja berkuasa memilih dan membeli sebenarnya gemar mencari novel-novel fiksyen yang LEBIH TEBAL untuk dibaca bagi memaksimakan kepuasan. Hanya kedua-dua novel saya ini sahaja yang tebal. Sama ada salah satu atau kedua-duanya dibeli pada masa sama. Ramai peminat buku-buku PTS yang sudah selesai membaca dan berpuas hati hadir semula ke Pesta Buku. Kembali ke meja jualan PTS One mahukan karya-karya lebih tebal. Saya berasa amat lega dan bersyukur.
Sejak itu, saya mula percaya pada istilah 'Don’t Judge A Book By Its’ Cover'. YONG TAU FOO menepati kriteria istilah tersebut.

KETIGA
Sasaran ‘BONUS’ menerusi novel ini adalah PEMBACA BUKAN MELAYU yang meminati karya fiksyen terutamanya jika boleh meyakinkan pembaca-pembaca berbangsa Cina. Sepanjang membantu petugas-petugas jualan PTS di Pesta Buku, saya berjaya menjual YONG TAU FOO kepada seorang lelaki dewasa dan seorang remaja perempuan berbangsa Cina. Saya sangat gembira. Remaja perempuan berbangsa Cina berasal dari Subang Jaya, SELANGOR itu memberikan maklum balas yang positif di MySpace (segala mesej dipadam oleh ADMIN MySpace selepas dinaiktaraf). Toh Chey! Toh Chey! Ho Yeay!

KEEMPAT
Selepas mendapatkan naskah novel YONG TAU FOO khas untuk penulis, kembali meneliti semula setiap perincian pengeditan sungguhpun sebelum dicetak saya sudah mengesahkan pruf terlebih dahulu. Pada hemah saya, Cik Mazlia Murat telah menjalankan tugas pengeditan dengan sangat bagus. Berbanding manuskrip asal, novel ini ditatarias lebih cantik. Selaku penulis, sedari lebih awal bagaimana cara saya menulis. Sedia maklum, masih cetek pengalaman. Cik Mazlia Murat berjaya memperindahkan lagi struktur keseluruhan novel ini. Alhamdulilah. Saya amat berterima kasih.  

Menerusi artikel ini, saya ingin memperkatakan sesuatu yang penting.
Kepada insan bernama Mazlia Murat, anda sangat BERBAKAT! Terima kasih kerana membantu saya menerusi novel YONG TAU FOO. Semoga Allah swt sentiasa melindungi PUAN MAZLIA MURAT (status terkini) sekeluarga. Amin. Perghh!

BMT + BMTi   


Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara 
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide 
(while stocks last)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...