Search Faizal Dzasrik

Selamat Datang. Welcome to FAIZAL DZASRIK FAN CLUB

Selamat Datang. Welcome to FAIZAL DZASRIK FAN CLUB
ZAREEN | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego

FDFC Inspiration Theme Song | KITA OONIK by NAJIP ALI

FDTV via Faizal Dzasrik Fan Club

Faizal Dzasrik & Friends @ MPH Quill

Faizal Dzasrik & Friends @ MPH Quill

Faizal Dzasrik Fan Club | WALL OF FAME - Part I

Faizal Dzasrik Fan Club | WALL OF FAME - Part II

Faizal Dzasrik BILLBOARD | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita
FACEBOOK Syawa Dola & Shafiq Najib

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
INSTAGRAM @joyheni

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
FACEBOOK Kazrina Mohamed Kassim

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego
INSTAGRAM @nurieie

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
GOODREADS Suhailah Iskandar

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita
FACEBOOK Nurin Irdina

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Yong Tau Foo

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Yong Tau Foo
INSTAGRAM @misshanisrazak

Friday, 3 January 2014

Behind The Scenes | Ini Suatu Cerita – Alaf 21 – Creative Enterprise – PTS One

BMT + BMTi

‘Aku nak tulis novel, tapi apa benda aku nak tulis?’  
Itulah soalan yang berlegar dalam fikiran saya sewaktu menghadap komputer Gateway berlogo hitam putih seperti lembu tenusu di negara Barat. Tanpa 'STORYLINE' atau Draf Jalan Cerita. Saya hanya menulis ikut hati saya sahaja.

‘Okey tak agaknya, kalau aku buat satu watak seakan-akan mirip diri aku sendiri?’
Maka terciptalah seorang watak bernama LAN. Saya mula menceritakan kisah intro tentang LAN. LAN yang bijaksana, cekap menyelesaikan masalah tetapi kurang aktif. Dibesarkan dalam dunia kekeluargaan yang tegas. LAN suka bercakap seorang diri. Hanya mengolahkan watak LAN, saya berjaya menulis hingga DUA episod yang panjang. Haaa... siap pun pengenalan LAN Cik Mot Sempot!
Episod ketiga? Watak apa pula?

‘Tipikal dan kontra berbanding LAN.’
Saya mahu mencipta watak lain pula yang bersuara. Saya memikirkan watak yang memiliki ‘sisi berlainan'. Seseorang yang nakal, romeo tetapi memiliki daya survival tinggi. Sifat bonus dikurniakan kreativiti seni halus tetapi tidak berfikiran jauh. Berwajah desa. Watak SYUK berjaya dilahirkan. Yeay! Saya menulis dengan gembira hingga DUA episod seterusnya. SYUK Si Buaya Plastik sudah mula mewarnai karya. 
Masih ada kekurangan. Saya fikir, karya ini masih memerlukan satu lagi watak yang boleh membawa daya tarikan.

‘Semua orang sukakan Mr. Perfect!
Ting! Sudah tiba masanya BERFANTASI. Jangan terlalu dongeng tetapi masih lagi nampak realistik. Bagaimanakah rupa paras watak yang saya sendiri inginkan jika boleh diberi pilihan? Kacak, kaya-raya, rendah diri dan menjadi kesayangan ramai. Terlalu sempurna! Saya memasukkan sedikit elemen sengal. ZAREEN muncul dengan pakej lengkap. ZAREEN Si Kambing Gurun yang bertuah! Saya pasti dan yakin.

Wah! Saya sudah ada TIGA HERO UTAMA. Berbagai-bagai senario boleh ditulis. Secara spontan sahaja. Langsung tiada perancangan. Apa yang saya fikir, terus tulis. Saya menulis dan mengedit, serta menulis semula bagi mengaitkan ketiga-tiga watak penting itu.
Selain LAN, SYUK dan ZAREEN, muncul pula pelbagai watak yang menghiasi sepanjang perjalanan cerita karya ini. Saya menggarap dengan seikhlas hati hingga lebih SEBULAN. TAMAT!
Maka terciptalah karya pertama saya SETEBAL 535 muka surat pada manuskrip asal yang berjudul... entahlah. Novel saya tidak bertajuk. Saya mati akal sebentar. Saya tiada idea.
Hingga pada saat saya membuka salah satu muka surat manuskrip tertulis TIGA perkataan ‘INI SUATU CERITA’. Saya terus pilih judul ini tanpa ragu-ragu. Tajuk ini sangat sesuai kerana menampilkan ‘elemen kejutan’ kepada pembaca kelak kerana tiada sebarang ‘klu’ tentang cerita yang bakal dibaca oleh mereka.

Manuskrip ‘INI SUATU CERITA’ siap seminggu sebelum peperiksaan semester terakhir di UiTM Shah Alam. Saya sempat mengulangkaji pelajaran pada saat-saat akhir dan menjawab peperiksaan. Selang beberapa hari kemudian, saya mendapat berita gembira. Abah memberitahu kami sekeluarga akan berpindah dari BALAKONG ke SHAH ALAM dalam jangka masa terdekat. Proses perpindahan berlaku dan niat menghantar manuskrip ditangguhkan buat sementara waktu hingga rumah di SHAH ALAM siap dikemas.

Pada Julai 2006, saya melangkah yakin membawa manuskrip ini ke KARANGKRAF. Pada waktu itu, jenama ALAF 21 mendominasi pasaran novel-novel Melayu. Jika dilihat pada kedudukan carta terlaris Top 10 di kedai-kedai buku, jualan novel-novel terutamanya bergenre cinta dan ‘thriller’ hebat bergaya dikuasai jenama ALAF 21 dan BUKU PRIMA terbitan KARANGKRAF. Namun pada ketika itu, saya sedang mempertaruhkan sebuah manuskrip bergenre paling tidak diusahakan oleh mana-mana penerbit iaitu KOMEDI.

Sejak dari peringkat awal penulisan, saya mengetahui ‘forte’ kebolehan semulajadi dari sudut pengolahan lebih pada rentak karya bergenre KOMEDI. Sebelum menulis, saya telah meletakkan satu konsep yang nyata dalam minda. 
‘CINTA sangat laris tetapi KOMEDI lebih sesuai dengan jiwa aku. Aku nak buat diri sendiri dan orang-orang yang membacanya ketawa. Aku nak buat semua orang HAPPY!’

Sepanjang berkarya, testimoni awal sudah pun berlaku. MEEN, adik saya ketawa terbahak-bahak apabila membaca karya ini walaupun belum diedit sepenuhnya. Okey. Petanda awal mewakili pandangan orang-orang muda. Bagaimana pula jika pembacanya adalah orang-orang yang lebih berusia? Ya! ABAH saya telah ‘curi-curi’ baca dan pernah ketawa seorang diri pada jam 2 pagi. Abah sekali-sekala membuka fail manuskrip saya.

Dengan keyakinan tersebut, saya berazam membawa karya ini ke pejabat KARANGKRAF di Shah Alam sebagai 'LANGKAH PERTAMA'. Berserta sebuah laporan lengkap tentang kajian pasaran dan gaya persembahan manuskrip termasuk lampiran biodata pengenalan diri. Alhamdulilah, karya ini berjaya tiba ke terus tangan Editor ALAF 21.

Pada awal September 2006, saya mendapat bungkusan kurier ketika sedang menyapu halaman belakang rumah. Saya membukanya dan terkejut. Manuskrip INI SUATU CERITA telah DITOLAK. ALAF 21 turut melampirkan sepucuk surat rasmi dan memberi alasan ringkas kerana jadual penerbitan sudah dipenuhi hingga April 2007.
Baiklah. Saya terima dengan hati terbuka walaupun amat kecewa kerana percubaan pertama tidak berjaya. Namun begitu sekurang-kurangnya KARANGKRAF menghantar semula manuskrip saya dengan penuh hemah dan professional. Saya amat menghargainya. Mungkin bukan rezeki saya. Saya bertekad, tidak akan berputus asa.

Saya sempat menjadi buntu seketika.
Syarikat penerbitan manakah saya harus mencuba nasib selepas ini? 
Saya sentiasa mengingati majalah komik ‘GILA-GILA’, keluaran CREATIVE ENTERPRISE (CESB). Dalam majalah itu terdapat banyak iklan novel-novel terbitan CESB. Saya tidak berfikir panjang dan terus ke pejabat CESB di Bangsar beberapa hari kemudian.

Saya berpeluang bertemu terus dengan Pengurus Penerbitan. Berbincang soal royalti dan sebagainya. Kemudian saya menyerahkan manuskrip saya kepada pengurus tersebut. Apabila pulang ke rumah, perasaan saya sedikit berlainan. 
Gerak hati saya mengatakan manuskrip INI SUATU CERITA bukan terbitan CESB. Namun begitu, tidak tergesa-gesa mengambil kembali manuskrip tersebut kerana saya percaya Allah swt menyayangi hambaNya yang berusaha keras.

Beberapa minggu kemudian saya membelek akhbar KOSMO. Ruangan ‘Buku dan Sastera’. Saya terbaca ruangan komentar yang menampilkan novel remaja hasil karya Alif Firdaus Azis berjudul ‘Bergaduh dan Menari’. Saya ternampak nama syarikat penerbitan ‘PTS One Sdn. Bhd'. Gerak hati mengatakan, saya harus segera pergi ke Cyber Cafe. Mencari seberapa banyak maklumat yang boleh diperoleh dan bersiap sedia menghubungi PTS One.


Panggilan pertama saya disambut oleh Cik Nurismaliza Ismail (Ann). Beliau menjawab dengan tenang dan mencadangkan saya menghantar e-mail bab-bab contoh kepada PTS One. Saya terus menghantar 'Episod 1 – MAK MINAH, Lan Sebagai Aku' dan 'Episod 3 – PONTENG, Syuk Sebagai Aku'. 
Saya mempertaruhkan DUA bab contoh melibatkan watak LAN dan SYUK. Tanpa ZAREEN kerana saya mahu watak ini sebagai 'surprise act' apabila manuskrip ini diterima kelak. 
Saya menunggu selama beberapa minggu. 
Senyap! Tiada jawapan. Saya pasrah sambil mengharapkan rezeki masih ada kerana memahami bukan senang mahu meyakinkan penerbit tambahan pula berusaha KALI PERTAMA sebagai penulis baru. 

Selang beberapa hari kemudian, seorang gadis memperkenalkan dirinya sebagai Cik Mazlia Murat menghubungi saya dengan suara yang penuh ekspresif. 
“Saya dah lama nak telefon Faizal. Kami suka cerita tu. Tercari-cari nombor telefon Faizal, rupanya ada kat bahagian bawah e-mail. Manuskrip Faizal diterima.”  

Cik Mazlia mahu berjumpa saya di Pejabat PTS, Wangsa Melawati.
Apabila sudah mendapat jawapan yang pasti, saya segera mengambil semula manuskrip dari CESB dan membatalkan urusan dengan alasan yang jujur.
“Manuskrip saya dah diterima penerbit baru.”

Seorang editor wanita menyerahkan kembali manuskrip INI SUATU CERITA kepada saya.
“Saya sempat baca sikit.”

Kemudian tersenyum ceria. 
Agaknya, apalah yang difikirkan oleh editor tersebut ya? Entahlah. Hehehehe. 
Pada keesokan hari, saya bersama MAMA dan MEEN menaiki bas awam dan teksi ke Wangsa Melawati. Kereta masih di bengkel cat pada ketika itu. Hehehe. Ikhtiar sedaya upaya.  
Di Pejabat PTS, saya bertemu secara langsung bersama Cik Ann, Cik Mazlia dan Encik Alif.

‘Encik Alif Firdaus Azis? Oh! Inilah penulis buku yang aku baca kat KOSMO tu!’  
Saya tersengih-sengih. Orangnya kacak dan gebu. Hehehe.

Bermula awal Januari 2007, saya telah pun bekerjasama dengan PTS One Sdn. Bhd. Dari konsep awal, perbincangan kulit novel hasil ilham saya sendiri hingga ke proses pengeditan terakhir. Paling menarik, Encik Alif lah editor novel saya yang pertama! 
Secara rasminya manuskrip INI SUATU CERITA diterbitkan. Karya ini adalah NOVEL PERTAMA di bawah jenama SYOK! – PTS One, menfokuskan pasaran Remaja dan Dewasa Muda atau ‘Young Adult’. Novel ‘INI SUATU CERITA’ diperkenalkan kali pertama pada bulan Mei 2007 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 07'). 

Alhamdulilah!
Berkat kesabaran saya, akhirnya membuahkan hasil. Perghh!
Dedikasi ditujukan khas kepada Alif Firdaus Azis, Nurismaliza Ismail (Ann) & Mazlia Murat (Aleeya Myra). Anda berTIGA adalah orang-orang PERTAMA menyambut kedatangan saya ke arena penulisan. Jutaan terima kasih. Perghh! 

BMT + BMTi    


Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara 
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide 
(while stocks last)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...