Search Faizal Dzasrik

Selamat Datang. Welcome to FAIZAL DZASRIK FAN CLUB

Selamat Datang. Welcome to FAIZAL DZASRIK FAN CLUB
ZAREEN | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego

FDFC Inspiration Theme Song | KITA OONIK by NAJIP ALI

FDTV via Faizal Dzasrik Fan Club

Faizal Dzasrik & Friends @ MPH Quill

Faizal Dzasrik & Friends @ MPH Quill

Faizal Dzasrik Fan Club | WALL OF FAME - Part I

Faizal Dzasrik Fan Club | WALL OF FAME - Part II

Faizal Dzasrik BILLBOARD | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita
FACEBOOK Syawa Dola & Shafiq Najib

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
INSTAGRAM @joyheni

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
FACEBOOK Kazrina Mohamed Kassim

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego
INSTAGRAM @nurieie

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
GOODREADS Suhailah Iskandar

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita
FACEBOOK Nurin Irdina

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Yong Tau Foo

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Yong Tau Foo
INSTAGRAM @misshanisrazak

SOUNDCLOUD Faizal Dzasrik #Karaoke

Sunday, 14 April 2013

FDFC | Doa Untuk Sakinah

Sumber dari Utusan Malaysia

BMT

Berinteraksi dengan peminat-peminat karya Faizal Dzasrik adalah sebahagian terapi untuk diri saya sendiri. Selaku Penulis, tidak salah rasanya jika berkelapangan memberi sedikit ruang menghiburkan hati mereka. Serentak mengambil tahu maklum balas mereka tentang karya-karya penulisan saya di pasaran. Umumnya begitu. Saya menulis untuk memberi hiburan dan manfaat-manfaat terbaik kepada pembaca-pembaca karya saya. Insya-Allah.

Saya berkomunikasi bersama salah seorang peminat karya saya, Nur Sakinah Suhalwi. Tanpa penceritaan lanjut sebelum ini, remaja ini sopan mengatur tutur bahasa di Facebook. Bertanyakan khabar dan perkembangan terkini penulisan saya. Sebelum ini, Sakinah pernah membaca dan berseronok dengan novel kedua saya berjudul Yong Tau Foo. Alhamdulilah. Beliau juga mempunyai hobi yang menarik. Suka membuat kek dan kuih-muih. Bagi Sakinah, hobi ini berjaya memberikan kegembiraan dan kepuasan.

Apabila Sakinah memberitahu saya beliau bersiap sedia untuk menghadapi pembedahan, saya terkedu. Serius saya terkejut. Secara terus terang, beliau menghidapi penyakit Fibrous Dysplasia atau pertumbuhan tulang abnormal. Untuk penerangan lanjut beliau telah memberikan link ke artikel akhbar harian online Utusan Melayu bertarikh 28 Januari 2012 : 129 Pelajar Cemerlang PMR Terima Anugerah.

Saya membaca artikel ini penuh teliti. Menurut bapa Sakinah, Encik Suhalwi Bidin penyakit ini dialami oleh anak perempuannya sejak berusia 4 tahun. Saya boleh membayangkan betapa hebatnya remaja bernama Sakinah ini menjalani kehidupan selama ini. Sedikit pun tidak mengalah dan berjaya membuktikan kecemerlangan dalam pelajaran.

Sakinah amat risau dengan keupayaannya bagi menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan datang. Niat hatinya ingin menjadi orang yang berjaya dan membalas jasa-jasa kedua-dua ibubapanya yang telah banyak berusaha demi dirinya selama ini. Dengan rasa tanggungjawab, Sakinah berfikiran jauh dan memandang positif ke hadapan. Sakinah mendapat penghormatan daripada saya tentang perjuangan ini. Teruskan Sakinah. Insya-Allah. Allah swt bersamamu.

Kisah ini cukup berinspirasi tinggi umumnya kepada para remaja dan khususnya kepada peminat-peminat karya saya yang masih lagi bergelar seorang pelajar. Usah mengeluh. Kepayahan dalam hidup membina kematangan dalam fikiran. Pada asasnya, bukan mudah tetapi kisah kecekalan Sakinah boleh memberikan impak positif kepada masyarakat.

Doa dan harapan saya semoga beliau bersemangat menempuh pembedahan dengan jayanya. Insya-Allah. Amin. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan Nur Sakinah Suhalwi semoga berusaha untuk bangkit dan meneruskan perjuangan murninya demi masa hadapan. Insya-Allah. Amin. Perghh!

BMT   

Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara 
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide 
(while stocks last)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...