Search Faizal Dzasrik

Selamat Datang. Welcome to FAIZAL DZASRIK FAN CLUB

Selamat Datang. Welcome to FAIZAL DZASRIK FAN CLUB
ZAREEN | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego

FDFC Inspiration Theme Song | KITA OONIK by NAJIP ALI

FDTV via Faizal Dzasrik Fan Club

Faizal Dzasrik & Friends @ MPH Quill

Faizal Dzasrik & Friends @ MPH Quill

Faizal Dzasrik Fan Club | WALL OF FAME - Part I

Faizal Dzasrik Fan Club | WALL OF FAME - Part II

Faizal Dzasrik BILLBOARD | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita
FACEBOOK Syawa Dola & Shafiq Najib

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
INSTAGRAM @joyheni

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
FACEBOOK Kazrina Mohamed Kassim

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego
INSTAGRAM @nurieie

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
GOODREADS Suhailah Iskandar

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita
FACEBOOK Nurin Irdina

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Yong Tau Foo

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Yong Tau Foo
INSTAGRAM @misshanisrazak

SOUNDCLOUD Faizal Dzasrik #Karaoke

Tuesday, 20 November 2012

FDFC | Penghargaan Untuk Tim Penerbitan Novel - Ini Satu Cerita Alter Ego



BMT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dengan rasa penuh kesyukuran dan limpah kurniaNya, selepas penantian selama beberapa bulan akhirnya novel ke-4 saya berjudul ‘Ini Satu Cerita Alter Ego’ berjaya diterbitkan. Syukur Alhamdulilah.

Boleh dikatakan novel ini paling dinanti-nantikan oleh sekian peminat-peminat karya saya terdahulu ‘Ini Suatu Cerita’. Saya sendiri tidak menyangka novel tersebut mendapat perhatian yang berterusan dari pembaca-pembaca khususnya kalangan remaja dan dewasa muda. Pada dasarnya, ia sebagai percubaan untuk diri sendiri ingin melihat sejauh mana penerimaan umum terhadap idea dan buah fikiran saya diadaptasikan dalam bentuk novel. Novel ‘Ini Suatu Cerita’ adalah novel pertama ditulis oleh saya. Sebagai rekod jika diperlihatkan pada tarikh penerbitan adalah 30 April 2007 yakni selang beberapa hari berbanding novel kedua saya, Yong Tau Foo diterbitkan pada 27 April 2007 (Pada tarikh ini, saya mengabadikan rekod sebagai hari pertama permulaan kerjaya saya sebagai Penulis secara rasmi dan rekod sebagai novel pertama diterbitkan di bawah label Syok! terbitan PTS One).

Menerusi novel ‘Ini Suatu Cerita’, saya mendapat pelbagai maklum balas yang sangat memberangsangkan. Mereka mengharapkan sekuel seterusnya. Kehidupan tidak selalunya indah. Dalam peristiwa-peristiwa kehidupan terdahulu, saya hampir-hampir terpaksa meninggalkan gelaran 'Penulis' kerana kerjaya saya ini (bukan dalam perancangan utama) seakan tidak difahami oleh ayahanda saya sendiri. Yang bersuara, sering meminta, memberi sokongan berterusan dan menanti dengan penuh sabar adalah PEMINAT-PEMINAT KARYA saya. Mereka benar-benar bersuara mewakili semangat mereka sendiri supaya saya terus bertahan menghasilkan produk-produk penulisan berkualiti dan menghiburkan. Saya tahu dalam tempoh ‘kehilangan saya’ selama beberapa tahun, pihak penerbit terus memerhatikan dan mengkaji secara keseluruhan. Sehinggakan salah seorang editor PTS pernah memberitahu saya, “Bos kata... Faizal tu... Faizal tu... kena jaga.” 

Itu adalah secebis ingatan dan penghargaan kecil yang sangat bernilai untuk saya. Saya mengambil sedikit masa untuk memperbetulkan keadaan dan meyakinkan ayahanda saya sendiri tentang minat dan kebolehan saya. Hingga pada satu tempoh, akhirnya saya berjaya melepasi tahun-tahun ‘kesakitan’ dengan izin Allah swt. Itulah cabaran hidup saya sebagai Penulis. Saya bukan seorang yang cepat mengaku kalah. Setiap permasalahan, pasti ada penyelesaian yang terbaik. Saya berusaha memperbaiki keadaan supaya hikayat kehidupan saya seterusnya berjalan lancar dan terus diberkati dengan rahmahNya.

Apabila memikirkan COMEBACK, permintaan peminat-peminat karya saya tidak pernah jemu untuk menyuruh saya menulis sekual novel ‘Ini Suatu Cerita’. Novel ini adalah sebuah karya fiksyen sahaja, tetapi dibayangi oleh watak-watak seakan realiti oleh pembaca-pembaca novel saya. Itulah maklum balas secara keseluruhan yang saya terima selama ini. Tanpa berlengah lagi saya terus menulis novel tajuk manuskrip asal ‘INI SUATU CERITA ALTER EGO’. Novel ini diserahkan ke tangan PTS One pada 1 Disember 2011.

Saya berkomunikasi dengan Editor Perolehan PTS One pada ketika itu, Cik Azura. Beliau pada asalnya sebelum berkhidmat bersama PTS One pernah membeli sendiri novel ‘Ini Suatu Cerita’ ketika sedang melanjutkan pelajaran di peringkat IPTA. Secara ironik, editor yang bersikap baik dan memahami karektor saya ini dahulunya adalah seorang peminat karya ini. Seterusnya dikurniakan rezeki berkhidmat sebagai editor di PTS One dan akhirnya menguruskan penerbitan sekuel novel ini sebelum menamatkan perkhidmatan bersama PTS One kerana ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Saya sentiasa mendoakan beliau semoga terus sukses. Insya-Allah.

Melihat dari ‘time-length’ penerbitan novel-novel lain terdahulu bersama PTS One, novel ini mengambil masa 11 bulan bagi diterbitkan. Paling lama sepanjang saya pernah berurusan dengan PTS. Seawalnya mahu diterbitkan pada 1 November 2012 tetapi ditunda pada tarikh baru pada 16 November 2012 atas sebab-sebab teknikal penerbitan yang tidak dapat dielakkan. Secara keseluruhan tempoh penantian adalah 11 bulan 15 hari. Sebagai penghormatan eksklusif, saya cekal menunggu kerana dididik berasaskan disiplin yang ketat dan taat setia. Mengenangkan PTS One adalah penerbit rasmi yang telah men-DEBUT-kan saya sebagai Penulis di khalayak umum. Bagi saya, mengapa tidak saya terus menahan kesabaran. Niat hati saya, idea cerita ini adalah ditulis untuk PTS One. Rezeki mereka. Rezeki saya juga. Saya hanya perlu terus ‘sangat bersabar’ dan redha dengan ketentuan Allah swt. Pasti ada hikmahnya pada masa akan datang.

Apabila mendapat khabar gembira, saya terus berkongsikan berita penerbitan novel ini kepada seluruh peminat-peminat karya saya yang setia berkomunikasi sejak dari dahulu lagi di laman-laman sosial. Mereka sangat gembira. Alhamdulilah. Asalkan mereka gembira dan bersemangat, saya sudah cukup berpuas hati. 

Justeru dengan perkhabaran berita gembira ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Ainon Mohd selaku Chairman PTS Media Group kerana bertindak menjadi ‘Final Editor’ bagi novel ini sebelum memasuki pergudangan mesin cetak. Sesungguhnya sifat ‘keremehan dan terlalu peka’ terhadap iltizam untuk menerbitkan produk berkualiti, Bahasa Melayu Tinggi tegar dan likat dengan pengkayaan Syariah Compliant diharapkan membuatkan hasil yang membanggakan. Insya-Allah.

Pendukung-pendukung terkuat penerbitan novel ini Tuan Faizul Na’im Ishak, Tuan Mohd Ikram Mohd Nor Wazir dan Tuan Professor Emeritus Abdullah Hassan. Terima kasih kerana meluluskan dan mempertimbangkan penerbitan novel ini. Saya amat menghargainya.


Individu terpenting di sebalik pengeditan novel Ini Satu Cerita Alter Ego, Tuan Wan Muhammad Haeqal. Berdasarkan hasil kerja anda, saya amat menyukainya. Bertepatan dengan permintaan saya pada peringkat awal perbincangan produksi. Saya mahukan seseorang yang boleh memahami novel saya dengan baik. Tuan Haeqal telah menjalankan kerja-kerja pengeditan dengan baik. Setaraf dengan hasil pengeditan Puan Mazlia Murat. Jutaan terima kasih. Love it!

Terima kasih tidak terhingga kepada Ketua Unit PTS One, Puan Mazlia Murat (yang juga merupakan editor kreatif mengedit novel Yong Tau Foo) kerana memberikan kerjasama yang baik dan disenangi ramai. 
I still adore your editing. The best so far. Tidak lupa kepada tenaga kerja yang baru saya kenali, Cik Siti Maryam Tajuddin. Terima kasih kerana bekerjasama dengan lancar. Pereka kulit novel Ini Satu Cerita Alter Ego, Tuan Nor Azri Nor Azmi (Jimi). Thanks Bro! Hope you’ll be success in future as graphic designer/HerbalLife agent. Terima kasih juga pada Lobak!   

Paling saya hargai sepanjang penerbitan novel ini, Cik Nurul Azura Mohd Tohid. Sangat ironik! Saya pasti akan mengingati memori-memori terbaik bersama anda. Terima kasih kerana berterusan memberikan galakan dan sokongan positif selama ini. Spice Up Your Life!

Dan paling... paling... paling saya kagumi, sudah tentunya peminat-peminat karya saya. Jutaan terima kasih buat kalian semua. Sepanjang beberapa tahun ini, anda benar-benar mewarnai dan ‘mengharukan’ hidup saya. Terima kasih kerana terus bersuara dan memberikan maklum balas yang positif. Dapatkan novel ini di pasaran ya! This is for you, guys. Perghh!

Saya akan terus menulis dan menulis dan menulis. Doakan kejayaan saya. Insya-Allah. Semangat anda semua amat bermakna buat saya. I love you, guys. Terima kasih. Perghh!

Faizal Dzasrik

BMT  


Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara 
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide 
(while stocks last)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...