![]() |
Faizal Dzasrik ketika berusia 3 tahun di Kuantan, PAHANG |
BMT
Alhamdulilah. Syukur ke hadrat Ilahi.
Alhamdulilah. Syukur ke hadrat Ilahi.
Faizal Dzasrik Fan Club (FDFC) kini sudah memiliki laman sesawang atau website rasmi. Yeay! Boleh dikatakan saya berusaha keras bagi merealisasikan impian ini. FaizalDzasrikFanClub.Com adalah platform terbaik untuk saya selaku seorang penulis dan penghibur bagi lebih mendekatkan diri bersama peminat-peminat karya seni dihasilkan oleh ‘Faizal Dzasrik’. Bagaimana FDFC bermula? Begini kisahnya...
Pada asasnya penubuhan FDFC bermula dari page di Facebook. Cadangan peminat-peminat karya FD yang aktif berkomunikasi bersama saya. Pada mulanya saya berasa amat segan. Mahukah orang menekan like pada page Faizal Dzasrik Fan Club nanti?
Ya, saya berasa amat segan. Selepas berfikir dari beberapa sudut positif, saya mula yakin untuk menubuhkan FDFC. Pada ketika itu kira-kira jam 5.30 pagi, tanggal 13 March 2010. FDFC telah dilancarkan oleh saya sendiri selaku satu-satunya ADMIN atau lebih tepat, pemilik tunggal page ini. Agak berani menubuhkan kelab peminat sendiri kerana pada ketika itu saya hanya memiliki 2 buah novel sahaja di pasaran. Novel mini atau novel ke-3 ‘Burger Del’ masih belum diterbitkan.
Pada dasarnya, saya melihat banyak kelab peminat selebriti ditubuhkan oleh ADMIN (sama ada dikenali atau tidak dikenali oleh selebriti tersebut). Ramai orang menekan like dan sejumlah besar peminat-peminat berjaya dikumpulkan.
Satu permasalahan paling utama boleh dipersoalkan. Kendalian ADMIN mungkin tidak akan sama atau seasli seperti mana selebriti itu sendiri yang menguruskannya. Banyak kes salah guna kuasa dan masalah-masalah media sosial di luar jangkaan telah pun berlaku sebelum ini.
Mengambil ikhtibar tersebut, saya mengekalkan ADMIN atau pemilik sah page Faizal Dzasrik Fan Club adalah saya sendiri, Faizal Dzasrik yang sah dan tulen. Setiap peminat-peminat karya saya akan mendapat maklumat-maklumat muktahir dan boleh berinteraksi bersama saya secara telus dan ‘GENUINE’.
Hari demi hari, page ini mengalami peningkatan ketika dilancarkan. Saya amat terharu.
Berdasarkan semangat berterusan diberikan oleh peminat-peminat karya saya yang saban waktu bertanyakan perkhabar tentang perkembangan terbaru, saya mula mengambil langkah serius bersempena revolusi menjelang 2013. Salah satu dalam perancangan saya adalah membina laman sesawang FaizalDzasrikFanClub.Com.
Laman sesawang ini adalah platform ‘medan magnet’ khas sebagai PENGHARGAAN terhadap semangat berterusan mereka yang menyokong perjuangan kerjaya seni saya selama ini.
Pada
hari ini, 1 November 2012. Saya secara rasminya melancarkan laman sesawang http://www.faizaldzasrikfanclub.com
ALHAMDULILAH. Semoga terhibur. Perghh!
ALHAMDULILAH. Semoga terhibur. Perghh!
BMT

BUY
ONLINE via Faizal Dzasrik Merchandise
Juga terdapat di kedai-kedai buku
seluruh negara
(sementara stok masih ada)
(sementara stok masih ada)
also
available at bookstores nationwide
(while stocks last)
(while stocks last)