Search Faizal Dzasrik

Selamat Datang. Welcome to FAIZAL DZASRIK FAN CLUB

Selamat Datang. Welcome to FAIZAL DZASRIK FAN CLUB
ZAREEN | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego

FDFC Inspiration Theme Song | KITA OONIK by NAJIP ALI

FDTV via Faizal Dzasrik Fan Club

Faizal Dzasrik & Friends @ MPH Quill

Faizal Dzasrik & Friends @ MPH Quill

Faizal Dzasrik Fan Club | WALL OF FAME - Part I

Faizal Dzasrik Fan Club | WALL OF FAME - Part II

Faizal Dzasrik BILLBOARD | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita
FACEBOOK Syawa Dola & Shafiq Najib

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
INSTAGRAM @joyheni

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
FACEBOOK Kazrina Mohamed Kassim

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Ini Satu Cerita Alter Ego
INSTAGRAM @nurieie

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego

FEEDBACK | Ini Satu Cerita Alter Ego
GOODREADS Suhailah Iskandar

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita
FACEBOOK Nurin Irdina

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Yong Tau Foo

FEEDBACK | Ini Suatu Cerita & Yong Tau Foo
INSTAGRAM @misshanisrazak

SOUNDCLOUD Faizal Dzasrik #Karaoke

Wednesday, 21 November 2012

FDFC | Novel ke-4 Faizal Dzasrik ‘Ini Satu Cerita Alter Ego’ Cipta Rekod di Portal PTS


[BMT]

Terkejut!

Itulah reaksi saya apabila melihat pencapaian hit di Portal PTS. Apabila menulis keratan ini, saya adalah seorang Penulis yang telah lama tidak menghasilkan novel-novel prima. Saya bukan Penulis yang pernah memenangi anugerah atau muncul setiap minggu di dada akhbar. Saya juga bukan bergelar Penulis selepas popular atau dikenali sebagai selebriti tanahair. Semua kategori itu bukan menggambarkan saya. Saya adalah seorang Penulis yang hanya dikenali oleh pembaca-pembaca novel saya. Ya, semangat dan keberanian saya cukup tinggi. Itulah diri saya, Penulis biasa sahaja yang cuba menghasilkan karya-karya terbaik untuk para pembaca yang budiman sekalian.

Merujuk pada tajuk artikel ini, Novel ke-4 Faizal Dzasrik ‘Ini Satu Cerita Alter Ego’ Cipta Rekod di Portal PTS. Apakah sebenarnya yang telah berlaku? Begini kisahnya, hikmah daripada Allah swt.

PTS iMarketing telah memasukkan imej kulit buku novel saya di Portal PTS pada 18 Oktober 2012. Perkara ini dikesan oleh salah seorang pecinta tegar buku-buku PTS yang juga kerapkali berkomunikasi di laman Facebook. Namanya Mohd Faridzuan dari Sabah. Beliau memaklumkan kepada saya. Sebetulnya saya sudah tahu bagaimanakah wajah rasmi kulit novel ini pada hari yang sama atas kiriman editor PTS One, tetapi masih ingin merahsiakannya terlebih dahulu dari pengetahuan peminat-peminat karya saya. Apabila Faridzuan lebih tangkas mengetahui wajah kulit novel terbaru ini, saya terkejut. Lantas menjenguk ke Portal PTS, saya sendiri adalah BUKAN ORANG PERTAMA yang menekan LIKE pada kulit novel ‘Ini Satu Cerita Alter Ego’ di Portal PTS.


Sebagai langkah awal bagi menyampaikan berita baik ini, saya telah mengeluarkan link kepada semua orang yang mengenali saya termasuk dari FB Timeline dan page Faizal Dzasrik Fan Club (FDFC).

Pada ketika itu, friendlist saya di FB Timeline hanya sekitar 1,200 orang dan page Faizal Dzasrik Fan Club hanya 1,206 (yang mana 282 orang dari jumlah FDFC adalah rakan-rakan saya dari FB Timeline). Jumlah keseluruhan orang-orang yang berinteraksi dengan saya di FB adalah 1,200 + [1,206 – 282] = 2,126 orang.

Jika anda mengenali saya di Facebook, setiap status saya pasti ada link FDFC sebagai hiasan selain bukti pengenalan latar belakang saya selaku Penulis. Seperti biasa, saya menulis status harian + link Novel Ini Satu Cerita Alter Ego di Portal PTS sebagai gantian pada link FDFC. Saya melakukan sedemikian untuk berkongsi kegembiraan ini terutamanya kepada sahabat-sahabat baik, rakan-rakan seperjuangan, saudara-mara, kenalan-kenalan dan paling penting terutamanya pada peminat-peminat karya saya yang terlalu lama menunggu kemunculan kesinambungan novel ‘INI SUATU CERITA’ di pasaran. Ya, mereka benar-benar mengambil perhatian.

Sejak 18 Oktober 2012 hingga 25 hari kemudian, rekod hit telah berjaya mencecah 1K  atau 1,000 likes yang berlaku pada 11.53 malam, 12 November 2012. Pada mulanya saya tidak perasan, tetapi selepas melihat angka tepat menjadi 999 likes, saya sempat memerhatikan detik-detik manis ini berubah menjadi 1K Likes. Perasaan saya sangat teruja dan gembira tidak terkata. Serius, saya terkedu dan terharu. Angka bertukar menjadi 1.1K tepat pada hari penerbitan novel ini iaitu pada tanggal 16 November 2012.

Rekod ini cukup bernilai bagi saya kerana :
  • Saya adalah PENULIS PERTAMA yang mendapat sokongan 1K atau ‘Ribuan’ di Portal PTS.
  • PTS One, selaku unit penerbitan novel-novel remaja adalah UNIT PENERBITAN PTS PERTAMA yang berjaya mencatatkan rekod sedemikian. Kedua-dua rekod ini telah diperakui oleh teman-teman baik saya yang cekap memerhati perkembangan yang menarik ini.
Mungkin bagi sesetengah orang yang membaca artikel ini menganggap perkara ini adalah perkara kecil tetapi bagi saya impaknya unik dan luar biasa. Ada beberapa sebab saya mengatakan sedemikian. 

PERTAMA
K bermaksud RIBU atau 1,000. Angka ribu bermula dari 1,000 hingga 999,999. Julat capaian RIBU adalah jauh lebih besar dari RATUS yang bermula dari 100 hingga 999. Jadinya apabila mencecah RIBU atau K, saya sangat bersyukur. Saya adalah PENULIS PERTAMA PTS yang berada pada paras julat besar dari segi sokongan moral dikalangan pengguna-pengguna internet. Kapasiti kenalan saya sangat kecil di Facebook tetapi mereka ‘GENUINE’ dan bersuara dengan progresif.

KEDUA
Berikutan dari cetusan impak ini, secara terang-terangan sebuah produksi penerbitan BUKAN PTS telah memberi komen ringkas dengan penuh semangat di Portal PTS. Kesan psikologinya amat unik jika diterjemahkan secara terperinci. Ya, paling mengharukan apabila page Faizal Dzasrik Fan Club juga diletakkan dalam page produksi penerbitan tersebut. Serius saya terkejut.



Apabila saya bergelar Penulis bermula April 2007, zaman itu adalah zaman Friendster dan MySpace. Saya tidak memiliki blog. Saya hanya mencipta blog sendiri selepas novel sulung saya dipasarkan. Dalam novel sulung edisi cetakan pertama hanya tercatat alamat e-mail dan MySpace sahaja. Pada zaman itu, bukan zaman Facebook. Facebook belum popular di seluruh dunia.

Apa yang boleh saya simpulkan secara keseluruhan melalui artikel ini adalah SEMANGAT dan DEDIKASI yang tinggi antara saya dan rakan-rakan yang mengenali nama FAIZAL DZASRIK (terutamanya para peminat-peminat karya saya) adalah sangat menarik, mengharukan dan tidak dijangkakan oleh saya sendiri. Bagaimana saya boleh tahu apa yang mereka fikirkan tentang diri saya setiap hari di laman Facebook? Saya sendiri tidak dapat menjangkakannya.

Bagaimana pula saya harus mengucapkan terima kasih kepada mereka? Berbekalkan semangat jitu ini, Insya-Allah saya akan sentiasa menulis yang terbaik dan lebih menarik lagi pada masa hadapan. Tidak mungkin saya memiliki 1,000 akaun FB semata-mata untuk mencipta rekod ini. Tidak mungkin juga saya membina pakatan rakyat untuk bersatu padu menghasilkan rekod ini. Saya percaya apa yang tercipta melalui rekod hit di Portal PTS ini adalah semata-mata keikhlasan dari hati mereka sendiri. Rezeki-rezeki daripada Allah swt yang menggerakkan hati-hati murni mereka untuk menyokong Penulis biasa yang bernama Faizal Dzasrik ini.

Harapan saya semoga novel ke-4 berjudul ‘INI SATU CERITA ALTER EGO’, sebahagian dari re-branding atau penjenamaan semula novel ‘INI SUATU CERITA’ dengan cerita-cerita terbaru, lebih matang, Bahasa Melayu Tinggi (BMT) dan Syariah Compliant ini boleh mencatatkan jualan yang terbaik di pasaran. Insya-Allah. Itulah doa dan harapan saya setiap hari. Semoga dimakbulkan oleh Allah swt. Amin. Terima kasih kepada mereka yang menekan LIKE pada kulit novel INI SATU CERITA ALTER EGO di Portal PTS. Jasamu dikenang sampai bila-bila. Insya-Allah. I love you, guys. Thank you so much. Perghh!


Jumlah tertinggi dan terakhir direkodkan sebelum PTS iMarketing mengemaskini portal baru-baru ini. FOTO ini dikemaskini pada 22-08-2016. 

Link ke Novel ‘Ini Satu Cerita Alter Ego’ di Portal PTS :
http://pts.com.my/index.php/buku/ini-satu-cerita-alter-ego/

BMT


Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara 
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide 
(while stocks last)


Tuesday, 20 November 2012

FDFC | Penghargaan Untuk Tim Penerbitan Novel - Ini Satu Cerita Alter Ego



BMT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dengan rasa penuh kesyukuran dan limpah kurniaNya, selepas penantian selama beberapa bulan akhirnya novel ke-4 saya berjudul ‘Ini Satu Cerita Alter Ego’ berjaya diterbitkan. Syukur Alhamdulilah.

Boleh dikatakan novel ini paling dinanti-nantikan oleh sekian peminat-peminat karya saya terdahulu ‘Ini Suatu Cerita’. Saya sendiri tidak menyangka novel tersebut mendapat perhatian yang berterusan dari pembaca-pembaca khususnya kalangan remaja dan dewasa muda. Pada dasarnya, ia sebagai percubaan untuk diri sendiri ingin melihat sejauh mana penerimaan umum terhadap idea dan buah fikiran saya diadaptasikan dalam bentuk novel. Novel ‘Ini Suatu Cerita’ adalah novel pertama ditulis oleh saya. Sebagai rekod jika diperlihatkan pada tarikh penerbitan adalah 30 April 2007 yakni selang beberapa hari berbanding novel kedua saya, Yong Tau Foo diterbitkan pada 27 April 2007 (Pada tarikh ini, saya mengabadikan rekod sebagai hari pertama permulaan kerjaya saya sebagai Penulis secara rasmi dan rekod sebagai novel pertama diterbitkan di bawah label Syok! terbitan PTS One).

Menerusi novel ‘Ini Suatu Cerita’, saya mendapat pelbagai maklum balas yang sangat memberangsangkan. Mereka mengharapkan sekuel seterusnya. Kehidupan tidak selalunya indah. Dalam peristiwa-peristiwa kehidupan terdahulu, saya hampir-hampir terpaksa meninggalkan gelaran 'Penulis' kerana kerjaya saya ini (bukan dalam perancangan utama) seakan tidak difahami oleh ayahanda saya sendiri. Yang bersuara, sering meminta, memberi sokongan berterusan dan menanti dengan penuh sabar adalah PEMINAT-PEMINAT KARYA saya. Mereka benar-benar bersuara mewakili semangat mereka sendiri supaya saya terus bertahan menghasilkan produk-produk penulisan berkualiti dan menghiburkan. Saya tahu dalam tempoh ‘kehilangan saya’ selama beberapa tahun, pihak penerbit terus memerhatikan dan mengkaji secara keseluruhan. Sehinggakan salah seorang editor PTS pernah memberitahu saya, “Bos kata... Faizal tu... Faizal tu... kena jaga.” 

Itu adalah secebis ingatan dan penghargaan kecil yang sangat bernilai untuk saya. Saya mengambil sedikit masa untuk memperbetulkan keadaan dan meyakinkan ayahanda saya sendiri tentang minat dan kebolehan saya. Hingga pada satu tempoh, akhirnya saya berjaya melepasi tahun-tahun ‘kesakitan’ dengan izin Allah swt. Itulah cabaran hidup saya sebagai Penulis. Saya bukan seorang yang cepat mengaku kalah. Setiap permasalahan, pasti ada penyelesaian yang terbaik. Saya berusaha memperbaiki keadaan supaya hikayat kehidupan saya seterusnya berjalan lancar dan terus diberkati dengan rahmahNya.

Apabila memikirkan COMEBACK, permintaan peminat-peminat karya saya tidak pernah jemu untuk menyuruh saya menulis sekual novel ‘Ini Suatu Cerita’. Novel ini adalah sebuah karya fiksyen sahaja, tetapi dibayangi oleh watak-watak seakan realiti oleh pembaca-pembaca novel saya. Itulah maklum balas secara keseluruhan yang saya terima selama ini. Tanpa berlengah lagi saya terus menulis novel tajuk manuskrip asal ‘INI SUATU CERITA ALTER EGO’. Novel ini diserahkan ke tangan PTS One pada 1 Disember 2011.

Saya berkomunikasi dengan Editor Perolehan PTS One pada ketika itu, Cik Azura. Beliau pada asalnya sebelum berkhidmat bersama PTS One pernah membeli sendiri novel ‘Ini Suatu Cerita’ ketika sedang melanjutkan pelajaran di peringkat IPTA. Secara ironik, editor yang bersikap baik dan memahami karektor saya ini dahulunya adalah seorang peminat karya ini. Seterusnya dikurniakan rezeki berkhidmat sebagai editor di PTS One dan akhirnya menguruskan penerbitan sekuel novel ini sebelum menamatkan perkhidmatan bersama PTS One kerana ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Saya sentiasa mendoakan beliau semoga terus sukses. Insya-Allah.

Melihat dari ‘time-length’ penerbitan novel-novel lain terdahulu bersama PTS One, novel ini mengambil masa 11 bulan bagi diterbitkan. Paling lama sepanjang saya pernah berurusan dengan PTS. Seawalnya mahu diterbitkan pada 1 November 2012 tetapi ditunda pada tarikh baru pada 16 November 2012 atas sebab-sebab teknikal penerbitan yang tidak dapat dielakkan. Secara keseluruhan tempoh penantian adalah 11 bulan 15 hari. Sebagai penghormatan eksklusif, saya cekal menunggu kerana dididik berasaskan disiplin yang ketat dan taat setia. Mengenangkan PTS One adalah penerbit rasmi yang telah men-DEBUT-kan saya sebagai Penulis di khalayak umum. Bagi saya, mengapa tidak saya terus menahan kesabaran. Niat hati saya, idea cerita ini adalah ditulis untuk PTS One. Rezeki mereka. Rezeki saya juga. Saya hanya perlu terus ‘sangat bersabar’ dan redha dengan ketentuan Allah swt. Pasti ada hikmahnya pada masa akan datang.

Apabila mendapat khabar gembira, saya terus berkongsikan berita penerbitan novel ini kepada seluruh peminat-peminat karya saya yang setia berkomunikasi sejak dari dahulu lagi di laman-laman sosial. Mereka sangat gembira. Alhamdulilah. Asalkan mereka gembira dan bersemangat, saya sudah cukup berpuas hati. 

Justeru dengan perkhabaran berita gembira ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Ainon Mohd selaku Chairman PTS Media Group kerana bertindak menjadi ‘Final Editor’ bagi novel ini sebelum memasuki pergudangan mesin cetak. Sesungguhnya sifat ‘keremehan dan terlalu peka’ terhadap iltizam untuk menerbitkan produk berkualiti, Bahasa Melayu Tinggi tegar dan likat dengan pengkayaan Syariah Compliant diharapkan membuatkan hasil yang membanggakan. Insya-Allah.

Pendukung-pendukung terkuat penerbitan novel ini Tuan Faizul Na’im Ishak, Tuan Mohd Ikram Mohd Nor Wazir dan Tuan Professor Emeritus Abdullah Hassan. Terima kasih kerana meluluskan dan mempertimbangkan penerbitan novel ini. Saya amat menghargainya.


Individu terpenting di sebalik pengeditan novel Ini Satu Cerita Alter Ego, Tuan Wan Muhammad Haeqal. Berdasarkan hasil kerja anda, saya amat menyukainya. Bertepatan dengan permintaan saya pada peringkat awal perbincangan produksi. Saya mahukan seseorang yang boleh memahami novel saya dengan baik. Tuan Haeqal telah menjalankan kerja-kerja pengeditan dengan baik. Setaraf dengan hasil pengeditan Puan Mazlia Murat. Jutaan terima kasih. Love it!

Terima kasih tidak terhingga kepada Ketua Unit PTS One, Puan Mazlia Murat (yang juga merupakan editor kreatif mengedit novel Yong Tau Foo) kerana memberikan kerjasama yang baik dan disenangi ramai. 
I still adore your editing. The best so far. Tidak lupa kepada tenaga kerja yang baru saya kenali, Cik Siti Maryam Tajuddin. Terima kasih kerana bekerjasama dengan lancar. Pereka kulit novel Ini Satu Cerita Alter Ego, Tuan Nor Azri Nor Azmi (Jimi). Thanks Bro! Hope you’ll be success in future as graphic designer/HerbalLife agent. Terima kasih juga pada Lobak!   

Paling saya hargai sepanjang penerbitan novel ini, Cik Nurul Azura Mohd Tohid. Sangat ironik! Saya pasti akan mengingati memori-memori terbaik bersama anda. Terima kasih kerana berterusan memberikan galakan dan sokongan positif selama ini. Spice Up Your Life!

Dan paling... paling... paling saya kagumi, sudah tentunya peminat-peminat karya saya. Jutaan terima kasih buat kalian semua. Sepanjang beberapa tahun ini, anda benar-benar mewarnai dan ‘mengharukan’ hidup saya. Terima kasih kerana terus bersuara dan memberikan maklum balas yang positif. Dapatkan novel ini di pasaran ya! This is for you, guys. Perghh!

Saya akan terus menulis dan menulis dan menulis. Doakan kejayaan saya. Insya-Allah. Semangat anda semua amat bermakna buat saya. I love you, guys. Terima kasih. Perghh!

Faizal Dzasrik

BMT  


Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara 
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide 
(while stocks last)

Thursday, 1 November 2012

FDFC | Pelancaran Blog Rasmi FaizalDzasrikFanClub.Com

Faizal Dzasrik ketika berusia 3 tahun di Kuantan, PAHANG
BMT

Alhamdulilah. Syukur ke hadrat Ilahi.

Faizal Dzasrik Fan Club (FDFC) kini sudah memiliki laman sesawang atau website rasmi. Yeay! Boleh dikatakan saya berusaha keras bagi merealisasikan impian ini. FaizalDzasrikFanClub.Com adalah platform terbaik untuk saya selaku seorang penulis dan penghibur bagi lebih mendekatkan diri bersama peminat-peminat karya seni dihasilkan oleh ‘Faizal Dzasrik’. Bagaimana FDFC bermula? Begini kisahnya...

Pada asasnya penubuhan FDFC bermula dari page di Facebook. Cadangan peminat-peminat karya FD yang aktif berkomunikasi bersama saya. Pada mulanya saya berasa amat segan. Mahukah orang menekan like pada page Faizal Dzasrik Fan Club nanti? 
Ya, saya berasa amat segan. Selepas berfikir dari beberapa sudut positif, saya mula yakin untuk menubuhkan FDFC. Pada ketika itu kira-kira jam 5.30 pagi, tanggal 13 March 2010. FDFC telah dilancarkan oleh saya sendiri selaku satu-satunya ADMIN atau lebih tepat, pemilik tunggal page ini. Agak berani menubuhkan kelab peminat sendiri kerana pada ketika itu saya hanya memiliki 2 buah novel sahaja di pasaran. Novel mini atau novel ke-3 ‘Burger Del’ masih belum diterbitkan.

Pada dasarnya, saya melihat banyak kelab peminat selebriti ditubuhkan oleh ADMIN (sama ada dikenali atau tidak dikenali oleh selebriti tersebut). Ramai orang menekan like dan sejumlah besar peminat-peminat berjaya dikumpulkan.
Satu permasalahan paling utama boleh dipersoalkan. Kendalian ADMIN mungkin tidak akan sama atau seasli seperti mana selebriti itu sendiri yang menguruskannya. Banyak kes salah guna kuasa dan masalah-masalah media sosial di luar jangkaan telah pun berlaku sebelum ini. 

Mengambil ikhtibar tersebut, saya mengekalkan ADMIN atau pemilik sah page Faizal Dzasrik Fan Club adalah saya sendiri, Faizal Dzasrik yang sah dan tulen. Setiap peminat-peminat karya saya akan mendapat maklumat-maklumat muktahir dan boleh berinteraksi bersama saya secara telus dan ‘GENUINE’.

Hari demi hari, page ini mengalami peningkatan ketika dilancarkan. Saya amat terharu.
Berdasarkan semangat berterusan diberikan oleh peminat-peminat karya saya yang saban waktu bertanyakan perkhabar tentang perkembangan terbaru, saya mula mengambil langkah serius bersempena revolusi menjelang 2013. Salah satu dalam perancangan saya adalah membina laman sesawang FaizalDzasrikFanClub.Com
Laman sesawang ini adalah platform ‘medan magnet’ khas sebagai PENGHARGAAN terhadap semangat berterusan mereka yang menyokong perjuangan kerjaya seni saya selama ini.
Pada hari ini, 1 November 2012. Saya secara rasminya melancarkan laman sesawang http://www.faizaldzasrikfanclub.com
ALHAMDULILAH. Semoga terhibur. Perghh! 

BMT


Juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh negara 
(sementara stok masih ada)
also available at bookstores nationwide 
(while stocks last)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...